Monday, November 29, 2010

Aktiviti hujung minggu di waktu cuti sekolah..

Amaran tuan tanah: entry ini mengandungi gambar-gambar yang terlalu banyak. Adalah diingatkan supaya jangan juling mata melihat gambar-gambar tersebut.

27/11/2010 were my best friend's wedding. Teman main dikir barat, teman bergosip, teman mengutuk, teman meluahkan perasaan, teman simpan rahsia dah khawin. Keadaan tak kan sama macam dulu. Orang dah khawin selalunya perangai akan lagi matang.

Tak sangka Nana.. Antara kita-kita masa sekolah dulu, ko lah yang paling awal sampai jodohnya. Eh, kejap kejap.. 24 tahun awal ke? Lain lah 18 tahun. Hoho~


Tadaa.. inilah Nana. Usai make-up je terus kawan-kawan komen..

'Eh, muka ko macam memey suhaiza lah'

Kemungkinan cara dia senyum kot macam Memey. But, aku memang suka tengok solekan tu. Ramai kawan-kawan aku guna jurumekap sama untuk majlis diorang. Muka yang berjerawat pun boleh nampak licin. Bukan, bukan. Aku tak cakap muka Nana ada jerawat. Means, orang lain.

Masa masuk je umah Nana, terus nampak pelamin.. Cantik! Nak bergambar masa tu sangat malu. Maklumlah, kami-kami ni memang pemalu. Bila orang dah takde depan pelamin ni, apa lagi. Terus serbu. Konon nak ambik berkat lah tu.. Bukan aku, tapi kawan-kawan aku.

~lihat keterujaan pada wajah masing-masing, paling teruja yang pakai baju biru~
[janganlah dia baca blog ni..]

~ini gambar lain pulak~
Dari kiri: Cik Lia, Fara, Linda, Husna
*perhatian: kami semua anak dara..


Kemudian, datang lagi rakan gosip kami..
Belakang: Linda, Husna, Huda.
Depan: Fara, Cik Lia, Illya..
Aku pelik dengan gaya Fara. Ko watpe tu?


Bila Nana dah siap di make-up kan, maka kami pun menyerbu beliau. Serbu untuk bergambar. Yelah, bila lagi kan. Nana kawin seumur hidup sekali je..

Tengok, muka siapa paling excited?

~siapa paling overexcited??~

Jawapannya ialah: MESTILAH SI PENGANTIN

Dari kiri: Illya, Nana, Cik Lia

~tambah 1 ahli lagi, Sida di sebelah kanan aku~

~and the last one, my photographer [kanan sekali]~
kesian dia, asik dia je kena ambil gambar



Kemudian, bila pengantin lelaki sampai pengantin perempuan bersiap sedia duduk di pelamin. Macam biasa, adat kat Johor ni, bila pengantin lelaki nak sampai ke pelamin mesti dikenakan tol. Bila dah kena tol, mesti lah kena hulur duit. Ya! Aku salah sorang yang dapat duit tu. Tak senonohkan?


Pengantin lelaki sampai. Hm... x sangka, bercinta dari sekolah sampailah khawin.. I think dorang start kapel masa umur 16 tahun and after 8 years.. dorang dah jadi husband and wife. But, 8 tahun tu macam2 aku dengar cerita dorang. Kejap putus, then sambung. Bila sambung, putus semula. Teringat satu lagu ni..
Putus nyambung putus nyambung putus nyambung
Sekarang putus besoknya menyesal
Kalau loe laku hari ini putus
Ya putus aja

Putus nyambung putus nyambung putus nyambung
Kalau dekat benci kalau jauh kangen
Lihat saja nanti apa yang terjadi
Putus ataukah nyambung

Ok, habis merepek..
Pengantin perempuan cek duit samada cukup ke tak nak bagi mak andam tu.. kalau tak cukup kena bagi lagi. Memang kopak.


Bila dah settle, baru boleh kawin. See, muka pengantin sama tak? Bagi aku, muka dorang sama dari segi senyuman. Hm... Hebat!

Dipendekkan cerita, kami mengambil kesempatan bergambar. Hm, yang lain-lain ada yang dah balik.


Tambah ahli lagi sorang, Jumaayah [tudung kuning]. Dia datang ke majlis ni bawa kad khawin sekali. Tambah lagi sorang. Tak tau boleh attend ke tak majlis dia cz aku banyak komitmen lain. Ececeh, nyampah je dengar but seriously i tell u.


Baiklah, kenapa tetiba ada gambar budak ni? Budak ni betul2 menarik perhatian aku. Comel, semangat, chubby.. Siap pakai make-up. Ada blusher.. Cute sangat2. Ok, stop.


Sebelum aku bla dari sini, di sini ingin aku ucapkan

Selamat pengantin baru. Moga berkekalan hingga ke anak cucu. Pasni kau dah duduk Terengganu. Dah jarang jumpa. Pape pun, aku doakan yang terbaik untuk kau.

Kredit to this girl. Photographer yang serius tak bertauliah!

Sekian, terima kasih

Till then, tata...

8 comments:

zik said...

selamat pengantin baru buat kawannya tuh nana.... semoga berbahagia... :-)

ecahmiaishika said...

selamat pengantin baru pada nana
hoho
lagu tu member sllu gak karok..ptus nyambung je~~~ahhaha

wanie said...

musim kawen skang ni kan...
apa2 pun...semoga berbahagia....

Seri said...

best dapat makan nasi minyak

simply nana said...

lawanya pengantin pompuan tur...

Fahim 'n Alin said...

aku dah juling ni, sape nak jawab..adoyyy

tahniah buat beliaw

princeduyong said...

ye la...betul macm memey...

Lia3003 said...

zik: pengantin cakap, masyeh!

acha: hehe, selalu karok ke?

wanie: kamu bila lagi nak kawin?


seri: nasi minyak saya rasa so so =)

simply nana: memang cantik

fahim&alin: alamak, dah juling ke

princeduyong: memey tak pakai tudung..