Sunday, October 24, 2010

Sejarah subjek wajib lulus SPM

Alhamdulillah..

Finally, kerajaan memutuskan supaya Sejarah subjek lulus SPM. Aku memang sokong 100% dengan keputusan ini. Bukan apa, sebagai pendidik aku nampak dan berdepan sendiri dengan masalah ini.

Pelajar-pelajar tidak berminat untuk membaca tentang Sejarah. Bagi pelajar-pelajar menengah rendah, soalah Sejarah adalah soalan objektif. Maka, para pelajar yang malas membaca ini akan hentam dan 'colour' mana yang mereka suka.

Ini pengalaman aku sendiri. Pernah one day, masa exam Sejarah aku jaga mereka. Aku edarkan kertas OMR suruh tulis nama dan kelas. After edarkan soalan OMR, aku edarkan pula kertas soalan dan...... bila kertas soalan Sejarah ni sampai di tangan mereka, kertas OMR dah siap dilorekkan. Fuh! Memang speechless. Sangat hebat! Buat jawapan tanpa melihat soalan.

Apa yang mampu aku katakan, mereka pemalas dan juga malas menghafal. Kesian kan? Duduk Malaysia, tapi nak kenal Sejarah pun tak mahu. Malu jadi rakyat Malaysia.

Aku ni pun bodoh gak Sejarah, tapi at least ada usaha untuk membca tentang Sejarah Malaysia ni. Pengalaman di atas baru dengan student menengah rendah. Menengah atas?

Menengah atas ni pun sama sahaja. Baru-baru ini aku jaga satu kelas. Kertas soalan di tangan. Masa exam ramai tidur. Bila aku cakap lagi 5 minit masa tamat, pastikan tulis nama dan kelas, ada some student bangun tidur then tulis nama after that terus lorek jawapan semua sekali 'A'.

Hm.. baru kertas 1. Kertas 2? Memang confirm hantar kertas kosong. Tak percaya? Sila percaya..

Jadi, bila aku dapat tau kerajaan nak buat macam ni, memang aku sooooookong sangat-sangat. But. yang letihnya mesti guru. All the best to all Sejarah's teacher. Jangan pernah jemu mendidik mereka. Biar mereka jadi manusia yang tak buta Sejarah.

[berita berkaitan di Kosmo]
Till then, tata...

7 comments:

Miss D said...

kalau lah beberapa tahun dulu, ini dicanangkan...sayalah orang yang paling risau...hhahahahahaha

HairiAks said...

hahaha.. x suke sbjek sejarah.. nasib baik dh lpas SPM.. hik3..

Uruchimaru @ kf said...

setuju !

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

dulu gua sapu a sejarah ta kesah pun...sapa la yg buat duit kali ni

Seri said...

sejarah mengajar kita supaya tidak mengulangi kesilapan masa terdahulu

sejarah membuat kita kenal pejuang terdahulu

Aujinz said...

sabjek sejarah kena tukar cara mengajar..

sabjek sejarah kena ajar cara visual..cara teks memang susah..

Lia3003 said...

miss D; yeke?

hairiaks: hamboi2..

kf: maceh

brutalsolo: hebat u

seri: setuju

aujinz: hm, buat cara mcam komik pun best gak, aujinz kena lukis nanti