Wednesday, September 8, 2010

Segmen Selongkar

Ini entry terakhir aku sebelum pergi meronggeng di kampung berangkat balik ke kampung. Dan entry yang akan muncul tepat pukul 12 malam hari raya ini merupakan entry autopublish yang telah disiapkan beberapa hari lalu.

Sekarang di rumah, aku merajinkan diri untuk mengemas bilik. Dan bila dibuka barang2 lama yang dah bertahun diperap, baru aku tau bahawa aku banyak membazir. Benda dah ada depan mata, tapi sibuk nak beli yang lain. Tu lah manusia kan? Tak tahu bersyukur.

Dan minggu lepas, aku telah mula menggunakan hadiah-hadiah yang diperolehi daripada kawan-kawan dan students. Baru aku tahu erti menghias.

Gambar 1: Hadiah2 yang aku dapat tahun ni. Pasu oren dari boss, yang aku buat tempat letak sikat tu dari students and katak kerok-kerok dari cikgu. Ngeh3. Aku rasa macam cute je.

Gambar 2: Ini merupakan hadiah dari students semasa praktikum @SMKA Simpang Lima. Oh! Sangat banyak and baru guna 1 sahaja daripada semua itu iaitu jam. Jam tersebut telah diletakkan di atas meja di sekolah.

Gambar 3: Hadiah birthday dari kawan, cenderahati dari 'kawan' dulu, dan juga dari student. Banyak pink. Ya! Saya bukan pink obsessor [ada ke word ni dalam BI].

Gambar 4: Keychains!! Collection dari form1. Kawan-kawan ramai bagi keychain untuk kenangan. Dari adik angkat, adik di angkat angkut-angkut, kawan-kawan, sedara-mara dan juga ada koleksi peribadi. Sayang kalau hilang. Banyak kenangan. Tali-tali yang panjang2 tu hadiah masa darjah 5 yang tertulis nama aku.

Gambar 5: senarai nama penuh, alamat, no telefon dan email my ex-tutormates di KMPh. Dah 5 tahun benda ni di simpan. Banyak2 nama kat situ, jz keep in touch dalam 2-3 orang sahaja.

Gambar 6: Bukan hadiah2 tetapi surat2, kad raya, kad ucapan yang diterima dari form 1 until zaman U. Wau! Zaman U pun ada surat eik! Sekarang bila baca2 balik nak gelak pun ada. Sangat childish masa dulu2. Gaduh sikit, bagi surat. Jeles sikit bagi surat. Hihi~ Malu sendiri bila baca.

Budak sekarang, semua pakai SMS, MMS.. so mesti tiada kenangan kan?

Nantikan ucapan hari raya dari Lia3003.


Till then, tataa...

[akan publish entry mengenai bukan kesukaan aku, tetapi yang tidak suka itulah yang paling banyak digunakan]

2 comments:

black_mel said...

bnyknya keychain..jeles2....

Lia3003 said...

nak satu? boleyh3.. =)