Monday, August 30, 2010

selamat hari merdeka

Dulu..........

Sambut merdeka kerana telah terlepas dari penjajah. Bagi sesiapa yang hidup di zaman penjajah, mereka tahu bagaimana susahnya hidup di zaman tersebut. Maka, dengan merdekanya negara Malaysia, maka terlepas lah rakyat Malaysia daripada penjajah.

Dulu, sambut merdeka dengan penuh semangat, sayang dan cintakan negara. Air mata mengiringi sambutan ini, bersyukur...

Sekarang

Sambut merdeka dengan konsert....
Sambut merdeka dengan bersukaria...
Sambut merdeka dengan aktiviti2 liar...

Itu hanya separuh sahaja yang mungkin buat perkara2 yang tak elok seperti di atas.

Di sini aku ingin berkongsi pengalaman aku mengenai apa yang aku lihat dan alami sepanjang tempoh aku bekerja sebagai...

Pelajar yang berada di tingkatan lima tidak tahu menyanyikan lagu Negaraku. Even lagu negeri pun juga tidak tahu.

Bila menyanyi masa perhimpunan, majoriti diam dan kalau keluar suara, hanyalah beberapa kerat sahaja dan apabila bergabung dengan suara2 lain, maka terhasillah 'bee sound' yang sangat hebat.

Di dalam peperiksaan, soalan menyuruh pelajar senaraikan ikrar , tetapi hasilnya? They keep on asking teacher the answers! They do not know actually. Some student don't know even one.

Salah siapa sebenarnya? Jangan hanya meletakkan kesalahan ini di atas guru sahaja. Banyak juga pihak yang harus bertanggungjawab dengan apa yang berlaku masa ini. Kadang-kadang, guru sudah berikhtiar dengan bermacam-macam cara. Tapi, bila tiada kesedaran dalam diri, ini lah hasilnya. Ikrar tidak tahu, lagu Negaraku tak tahu. Kalau lagu Lady Gagak Gaga tahu pulak kan. Tak ke rasa aneh ??

Tidak guna juga belajar subjek Sivik dan Kewarganeraan, tetapi para pelajar tiada usaha untuk mengubah diri mereka. Tiada siapa yang mengubah diri kita melainkan diri sendiri. Jika dilihat sekarang sudah berkeadaan begini, akan datang bagaimana? Ini baru lebih 5o tahun merdeka.

Sebagai contoh, semasa perhimpunan untuk sambutan bulan kemerdekaan, hanya guru-guru yang bersemangat menyanyikan lagu, mengibarkan bendera tetapi pelajar? Hanya memerhati dan menonton sahaja apa yang berlaku di hadapan mereka seperti menonton siaran langsung di dalam kaca televisyen. Langsung tiada semangat untuk sama-sama meraikanya. Yang sama2 meraikan bersama guru tidak sampai separuh.

By the way, syukur lah dengan apa yang ada sekarang ini. Jangan hanya tahu untuk menyalahkan antara satu sama lain. Duduk di bawah satu rumpun memerlukan kerjasama dari semua pihak, bukan hanya bergantung pada satu pihak sahaja.

Sayangilah Malaysia. Tanpa Malaysia, siapalah kita. Tanam semangat dan cintakan negara.

[panjangnya saya bebel, ini hanyalah pendapat dan juga pengalaman yang saya sendiri alami. Salah silap di maafkan. Raya dah nak dekat]

SELAMAT HARI MERDEKA!!
LOVE YOU MALAYSIA
WE ARE NOTHING WITHOUT YOU

7 comments:

say- O said...

hm..betul2. ada something tak kena dengan masyarakat sekarang

(seronok baca post ni)

Syafiq Kadiran said...

selamat menyambot hari merdeka!!!

fndrocka said...

terlalu selesa

Uruchimaru @ kf said...

sambut merdeka skdr dimulut saje skrg nie!

Lia3003 said...

say-O: meceh..

shafiq: u tOo..

fndrocka: yes...

Kf: u know never mind

black_mel said...

diorang lagu negaraku x hafal..tp lagu ladygaga leh lak hafal..cara orang dulu menghargai sambutan kemerdekaan dengan cara sekarang mmg jauh berbeza..org skrng x penah rasa susah..sbb tu diorang x menghargainya..

Lia3003 said...

black mel: betol3...kesian kan?