Thursday, August 5, 2010

Kecoh betul kes pelajar tumbuk cikgu tu..

This video aku dah tengok. Rasa nak meletup jantung bila tengok kebiadapan tersebut. Aku tak boleh tengok budak2 sekolah kat malaysia bergaduh. Bila aku tengok je video tu, aku yang menggigil, jantung macam nak gugur. Contoh macam 'pergaduhan ala kung fu' dulu. Ingat kan x nak tengok, tapi nak tengok juga cz nak tau kung fu yang macam mana dorang buat. Hm.. Bila tengok, macam nak pitam. Tak tau kenapa. Takut weyh.... Ni baru tengok dalam video. Belum depan2 lagi.

Ok, situasi depan2 pernah berlaku depan aku dan aku sendiri yang mengalaminya about a month ago. Hm, aku ada buat entry di sini. Aku luahkan dalam 3 baris sahaja, tetapi mempunyai maksud yang mendalam. Sorry, that n3 has been deleted. Masa tu aku memang tak boleh nak kawal marah aku kat dia. So, cara terbaik dengan cara menulis.

If dalam video tu cikgu tu 'berlawan' cakap dan ditumbuk, sebaliknya berlaku pada aku. Aku diam sahaja dan nasib baik dia tak tumbuk aku. Hm, dah lah dia tinggi. Aku tengok dia mendongak beb. Ni betina, bukan jantan.

Puncanya, buku komik. Dia terlalu takut dengan kesalahan and she tries to do something stupid untuk mengelakkan buku komik tu dirampas dengan cara di luar pemikiran dia. Hm, jantung aku masa tu nak terburai rasanya. But, aku sabar sangat2. Biar dia jerit2 sampai puas. Dah habis jerit and dia rampas buku tu dari tangan aku, aku pun terus telefon dicipline teacher.

Then, dia kena kaunseling2 dengan pk hem and tetiba sampai surat rasmi konon nak minta maaf. Ikut hati nak koyakkan depan2. Aku akui, sampai sekarang and aku rasa sampai kiamat, aku tak kan maafkan dia. Bukan aku sorang yang pernah kena dengan dia, but ramai.

Ok, lupakan pasal itu. Bila ingat balik benda ni, rasa macam nak sumpah seranah berkontena2. Cuma aku nak luahkan, budak sekarang ni pandai... tapi BODOH. Terlalu bodoh. Dah lah bodoh, sombong pula tu. Kalau bodoh tapi ada usaha nak belajar dan hormat guru, guru boleh terima. Ni, dah lah bodoh.. then tak hormat guru kemudian rasa seperti dia lah manusia teragung yang paling pandai di muka bumi ni.

Kadang2, setakat markah 40% sahaja lulus cukup makan.. punya lah tinggi hidung tu kalah leher zirafah. Bincang dalam kelas tak nak dengar.. Konon dah pandai sangat macam dah hebat. Kalau dapat A+ or 99% boleh le nak berlagak macam tu.

Actually, aku sangat speechless bila budak buat perangai depan aku. Aku tegur perli2, baru faham. Macam tadi, aku cakap sikit je dalam nada perli "saya minta tolong, jangan buat perangai seperti nak menarik perhatian orang lain. Orang lain yang saya maksudkan adalah kawan2 awak dan guru. Kalau kawan2 x suka tengok kamu buat macam tu, apa lagi cikgu. Cikgu lagi x suka tengok". Habis je cakap, kelas terus sunyi sampai habis masa.

Tak larat weyh nak marah2. Dulu masa baru2 kerja, owes marah2. Sekang ni nak dengar aku marah susah sangat. Bukan pe, nanti yang sakit darah tinggi, darah rendah, jantung, cikgu jugaaaak.