Sunday, August 8, 2010

Jangan sebut sakit hati.. sebutlah "BAHAGIANYA.......". Kata-kata adalah doa.

Situasi menjatuhkan aku: eh, ternyanyi pulak..

Baru-baru ni aku ada janji dengan seorang kawan nak makan sama-sama. Kawan aku ni beriya mengajak. Aku ni bila orang dah ajak selalu, tapi aku tolak then hari-hari beliau asik tanya je jadi rimas. So, hari tu aku pun setuju dalam terpaksa. Malas aku nak fikir sok ke lusa.

Bila aku dah set tempat dan masa, dia cakap "tq yana..tq". Aku cakap "Kat Tesco, kol5.30". Ok, kebetulan masa tu memang aku nak pergi ke sana untuk membeli barang. Aku dah biasa jalan sorang2 kat situ. Sampai lah pukul 5.30, bayang mesej pun tak nampak. Nak tepon lagi lah macam haram. Then, dah lebih 5.30 aku mesej "Jadi ke tak ni?".. Dia senyap je.

Kemudian, aku beli makanan, dalam pukul5.50 aku balik. Malam tu, budak bertuah tu terus senyap. WTH kan. Aku pun malas nak amik port. Bagi aku, ini alasan dan peluang aku taknak keluar lagi dengan kawan tu. Ya, gembira hokey!

Tapi, yang membuatkan aku 'bahagiaaaaaa sangat' bila langsung tak minta maaf kat aku. Besoknya, di waktu petang, dengan beraninya dia mesej:

BT: Kat mana? Nape tak datang keje tadi. Tak sihat ke?

Aku: [malas nak balas]

Tak lama lepas tu

BT: Yana, kenapa tak datang keje tadi?

Aku: Ada taklimat..

After that, dia tanya lagi

BT: Free bila?

Aku: [budak ni tak faham bahasa ke, dah lah mesej dengan tanpa rasa bersalah] Free semalam!

BT: Sal semalam minta maaf, ada keje

Aku: Dah tau tak dapat pergi, beritahu lah awal2.

BT: Maaf, hari ni demam. Semalam tido je

Huhu, 2 alasan yang berbeza dan mana satu boleh diterima? Malas nak panjangkan cerita

Aku: Makan ubat, bye!

Kawan aku tu terus mesej aku, and aku balas sikit2 je. Ya, aku rimas.. rimas dan rimas. Last sekali aku tulis "lepas ni, akan datang dan sampai bila-bila, saya tak free"

Pergi kerja hari Sabtu, dari pagi sampai nak balik langsung aku tak tegur dia. 'Bahagia' beb bila tengok muka kawan aku tu. Sampai lah masa nak balik, after balik solat aku tengok dia dok kat tempat aku. Aku wat tatau je and kemas2 barang atas meja aku even dia tengah buat kerja. Malas nak tegur. Dia tegur aku "dah lah orang mesej tak nak balas". Aku jawab "suka hati lah!". Itu sahaja untuk word hari ini.

Biarlah, cuma yang aku geram.. Beriya mengajak, last2 buat macam tu. Maaflah! No more no more free lepas ni..

Cerita:

Ada seorang wanita always said "sakitnya hati aku, sakitnya hati aku" bila dia geram dengan orang ataupun mengalami situasi yang menggeramkan hati dia. Ok, sebenarnya kata-kata adalah doa. 40 kali cakap benda yang sama, kemungkinan akan termakbul.

Kemudian, ditakdirkan wanita ini sakit kerana sakit hati. Bukan sakit hati yang melibatkan perasaan, tetapi sakit hati yang memang berkaitan dengan hati. Dan sebulan kemudian, wanita tersebut meninggal dunia.

Sumber cerita: dari seorang sahabat terdekat yang dengan keluarga wanita tersebut. Pada permulaan, sahabat ini tak percaya dengan cerita ini, tapi bila suaminya yang menceritakan pada dia, baru dia percaya

Moral:

Kalau sakit hati camne pun, cakap lah "bahagianya...."

Contoh kalau orang cakap kat ko "cute nya koooo...". 40 kali cakap memang ko cute betul. Tak ke yang seronok kau jugak.

12 comments:

Hamzah Ian said...

wa~~ setuju2..

Lia3003 said...

hihi..yes!

MissNafa said...

siapalah org yg buat cik yana cmtuh ea. lepas nh mst kate bahagianye. hehe~

Lia3003 said...

missNafa: ye, cakap macam tu.. kan orang tua if anak buat hal mesti dia cakap 'anak bertuah'.. yelah, kang ckp nth pape, makin teruk anaknya..hehe

nabilah abd rahman said...

ooo...pas ni nak kena sebut selalu 'bahagianya'....takut gak kalau sebut sakit ati selalu,lama2 betul dpt penyakit hati...

Lia3003 said...

ekeke, tulah.. bila kawan cerita baru terfikir..

Uruchimaru @ kf said...

adeh! sek bek kf x sms hee!

Lia3003 said...

kenapa plak? x phm

black_mel said...

bahagiaanya...1...lps ni xnk ckp benda buruk2...

Kampungku2u said...

salam..alamak kasihanya hehe..sabar ya...bila dah berjanji lain pulak jadinya.Tak patot buat kat kaum hawa macam tu....mesti sakit hatikan... :)

nabilah_2908 said...

bahagia betul dgn sikap si BT tu..

sabar la yupp... :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
FIGHTING SPIDERS

Lia3003 said...

BlackMel: yes, kena bahagia selalu

Kampungku2u: ye, sokong2..

nabilah: habis sabar nie...hihi