Saturday, April 3, 2010

Revolusi KL Drift 2


Komen?? Sumpah best! Bagi aku lah. Bagi korang aku tak tau. Aku suka.. Banyak aksi. Funny pun ada, ayat spontan and santai.

Pelakon dia Scha, dengan suara ala 'lelaki' dia, memang sesuai watak perempuan yang lasak, kira menjadi sangat lah.


Hero, of course lah si Shamsul tu kan. Wahai Shamsul, kenapa ko hensem sangat? [teringat masa dia kena panggilan hangit kat hot fm, memang kena kaw kaw]


Kawan baik kepada Shamsul dalam cerita ni Farid Kamil. Bosan lah dia ni. Sikit-sikit emo, asik emo je. Maklumlah, kaki dia kan x leh jalan dengan betul, Sensitif sangat, cepat sangat tersinggung. Rambut panjang tersebut sangat menghodohkan, ampun! Serius ni.


Orang2 jahatnya pula Aaron Aziz. Giler r dia tu, bunuh orang macam bunuh cacing je. Selamba badak. Badan penuh tatOo. Oh!! Tapi kehenseman tetap terserlah. And kalau korang tengok citer 'Adnan Sempit'.. Hero cerita tu berlakon jahat dalam cerita ni. Memula rasa macam tak sesuai dia berlakon jadi jahat cz selalu berlakon cerita kelakar, lama2 tengok agak menjadi lah. Memang antagonis sungguh.


Selalunya dalam cerita apa2 lah, yang jahat mesti kalah/mati kan. Macam tu lah juga dalam cerita ni.

And, yang paling TAK BEST.... Heroin mati!!!! Alahai, watlah hepi ending. Sweet sangat hero & heroin dalam cerita ni. Pengakhiran yang menyedihkan, tragis sungguh.

Pape pun, 4.5 bintang untuk cerita ni. Sekarang asik berangan, kalaulah aku boleh bawak kereta macam tu, mesti best. Cik Ajie, bila nak ajar saya? Ha3, keep on dreaming lah Liyana.