Sunday, March 21, 2010

Sekarang takde lagi semua tu..

DULU:
  • nak balik Tg Malim je, mesti dapat nasi lemak dengan sambal yang sedap...
  • balik Air Tawar, mesti tido sebelah....
  • selalu minta tolong hantar sana sini...
  • selalu masak sedap2....
  • selalu dok sana bila cuti semester...
  • kalau aku sakit2, mesti tolong urutkan...
  • selalu bagi doa2 untuk dibaca...
  • ..............
  • .......
  • ....
  • ..
SEKARANG
  • tiada lagi nasi lemak dengan sambal yang sedap
  • takde lagi tido sebelah
  • aku tak dapat tolong hantar sana sini lagi..
  • tiada lagi masak sedap2
  • tiada....
  • tiada...
  • tiada...
Al-fatihah untuk Arwah nenek.. Moga roh nenek dicucuri rahmat. Nenek, akak doakan nenek bahagia 'di sana' amin..

~19/10/2009~

Masa ni gambar ni di ambil, arwah nenek nangis. Dia cakap "dapat jugak nenek naik kete akak, lepas ni entah sempat x naik kete abang faisal". Nenek memang suka bergambar.

~29/11/2009~

Arwah nenek juga sempat tengok aku konvo masa bulan 8. Cepat sangat masa berlalu.

~Tinggal kenangan~

Masa ak baru dapat kerja, nenek paling excited. Dia and atok siap nak support aku untuk beli kereta. Katanya, senang kalau nak bawa dia and atok pergi mana2. Tapi aku tak nak. Aku cakap "nanti apa orang kata, takut nanti ada yang jeles..takpelah nek, slow2 dulu"

~16/3/2010~

Tahun lepas nenek masuk hospital beberapa hari selepas ayah masuk sebab batuk berdarah.

Tak silap dalam bulan 12..nenek sekali lagi masuk hospital. Bukan sebab batuk berdarah, tapi sebab tetiba nenek tak ingat. Asik tanya benda yang sama. Bila pergi hospital.. doktor kata takde pape. So, nenek kena tahan wad. Soknya dah boleh balik.

Lepas masuk hospital kali pertama ni, nenek kerap lupa. Terangkan macam mana pun, dia akan tanya semula. Aku pun layankan. Masa ayah kat hospital, nenek temankan aku and adik2 aku kat rumah. Dah nak naik sekolah, aku ajak nenek hantar Syahirah balik asrama. Sampai kat asrama nenek cakap "dik, doakan nenek tau..nenek asik lupa je sekarang ni".. masa tu memang aku sedih sangat2. Nenek lupa2 macam tu, masih sanggup susah payah nak hantar Syahirah.

Dalam 2-3 minggu, nenek makin teruk.. Asik tanya sal 'orang' je. Orang yang dia tanya semua yang dah meninggal. Nenek boleh cakap, cuma jalan dah x kuat macam dulu. Jalan kena pimpin. Masa tu bawa pergi hospital, hospital cakap nenek takde buat appoinment. So, nenek x dirawat. Nenek dah teruk macam tu, doktor boleh buat macam biasa je, sampai hati dia. Mak Anjang bawa nenek pergi klinik swasta, doktor cakap nenek kena stroke dekat otak. That's why nenek asik lupa je.

See, klinik boleh cakap macam tu kenapa pihak hospital masih takleh nak detect sakit nenek. Makin hari nenek makin lemah.. sampai satu tahap nenek xnak bercakap and tidor sahaja. Rupanya nenek memang x sedar masa tu. Bawa hospital kena tahan...

1st time aku tengok nenek, aku menangis.. sedih tengok nenek. Nenek dah tak macam dulu. Pakai oksigen, tangan kena cucuk.. Nampak sakit sangat masa tu. Aku cuba tahan air mata, tapi x boleh.. Dia nak mengalir juga. Aku bacakan yassin untuk nenek. Harap nenek sihat.

Bila nenek dah sedar dan boleh bercakap, bawa nenek balik umah mak lang. Seminggu kemudian[kalau x silap], sekali lagi nenek masuk hospital sebab x sedarkan diri lagi. Kali ni lagi lama. Bila sedar, nenek asik bercakap je.. Nenek tengok aku dia senyum. Tanya aku dah kawin belum. Ayah dah kuo hospital ke. Faizuddin[adik ke3] mana.

Bawa balik rumah mak lang semula. Then, x lama lepas tu.. nenek masuk hospital lagi. Kali ni lebih lama. Lebih 10 hari. And, nenek terus2 'tidur' sampai lah doktor suruh bawa balik rumah. Nenek terus 'tidur'.

Dalam masa yang sama, atok pulak masuk hospital 5 hari sebab kena tekanan darah tinggi. Atok tak cukup rehat sejak nenek masuk hospital.

14/3/10: aku lawat atok.. x sempat lawat nenek sebab masa tu dah petang. Atok nampak letih sangat.

15/3/10: Balik dari sek, aku terus amik ibu kat hospital. Atok dah boleh keluar, tapi kena tunggu doktor. Lastly, ibu balik dulu sebab kitorang nak pergi umah Mak Lang nak tengok nenek. Masa sampai umah mak lang, nenek baru lepas dimandikan. Nenek baru pas muntah2. tangan nenek sejuk sangat. Aku fikir.. baru lepas mandi memang sejuk.

Petang, ibu bagi nenek minum susu. Tapi x lama lepas tu, nenek muntah2 lagi. Badan nenek dah tak boleh nak terima apa2. Muntah banyak sangat. Lepas selesai uruskan nenek, kitorang pun balik kota dalam kol7 ptg. B4 balik, aku pegang tangan nenek. Sejuk sangat. Nenek pun nyenyak sangat tidurnya. Kesian nenek.

Malam tu, nenek sesak nafas. Pak Lang hantar ke hospital. Nenek meninggal dalam perjalan. Innalillah. Kol10 lebih nenek meninggal. 3 jam selepas aku tengok nenek.

Semuanya tinggal kenangan. Nenek adalah yang terbaik di dunia.

--> tak sanggup dah nak tulis lagi. Cuma, aku harap nenek bahagia di sana. Ya Allah, selamatkanlah nenekku di sana. Ya Allah, matikanlah aku dalam iman. <----