Sunday, February 21, 2010

Siapa tak dapat lagi?? Angkat tangan!

~Puduraya KL~

Benda ni berlaku masa dalam bus di Puduraya. Biasalah, dekat pudu tu macam2 perangai manusia.. Ada sorang mamat ni naik bus yang aku naik nak ke Tg Malim. Si Mamat ni naik bus sambil bawa air kotak dan menjerit

"siapa tak dapat lagi? siapa tak dapat lagi, angkat tangan!" sambil tunjuk air kotak di tangan.

Maka, penumpang yang naif ni pun angkat tangan beramai2. Ya, siapa yang tak nak bila dapat air kotak free. Dengan lajunya.. Si Mamat ni pun distribute satu persatu pada penumpang yang angkat tangan tadi sampai belakang bus.

Bila dah habis distribute.. Si Mamat ni pun cakap lagi

"Ok, RM2 satu kotak ye, RM 2.."

Penumpang2 terperanjat. Ingatkan free, so.. bisinglah dalam bus tu. Ada yang pulangkan semula air kotak tu, yang dah terbuka tu.. memang melayanglah RM2. Kalau ikotkan,, air kotak tu aceli RM1-RM1.20. Tapi dijual dengan harga yang mencanak.

~sekadar hiasan~
~pengguna tidak bodoh dengan harga air kotak ini~


Bila penumpang pulangkan.. Si Mamat tanya

"Taknak ke?"

"Taknak", jawab penumpang.

Si Mamat ni macam marah and cakap

"Ingat benda kat dunia ni free ke?"

Nasib baik aku tak beli sebab before this kawan aku ada menceritakan benda yang sama. So, bila dia nak bagi air kotak tu, aku pandang keluar. Yang kelakar, kawan sebelah aku angkat tangan jugak nak air kotak tu. Bila si Mamat pergi ke belakang, aku cakap

"jangan ambik! kena bayar, RM2 pulak tu"

Dia tanya aku semula "yeke?"

So, apa yang aku cakap betol. Kawan aku pulangkan dan kena marah. Huh, biar kena marah janji x kena tipu lagi.

Berlaku masa aku sem7 dekat U, akhir tahun 2008. Tak tau lah sekarang 'orang tu' ada di sana lagi atau tak.

p/s: macam2 cara manusia nak berniaga

[link anda berada di sini]