Sunday, December 20, 2009

My Journey Begin Here Part 2

Sambungan dari Part 1.

Entry ini hanya untuk mengimbau kenangan masa zaman kanak-kanak rebina.. Dimulakan dengan sekolah agama dulu. Aku ni dari kecik sampai besar duduk dalam Felda dan tiada istilah2 sekolah di bandar ye. Sekolah di kampung best sangat.

~Ni kat pintu masuk sekolah agama~

Normallah kan kalau kat pintu pagar sekolah, mesti ada sign board. Tapi zaman aku dulu takde pun. Dan, first time aku sampai sekolah kat sini, aku terperanjat. Sebab apa? Sebab bangunannya ada satu je..

Dulu masa sekolah agama dekat sekolah2 sebelumya, sampai 2 tingkat, then ada yang nak tambah bangunan. Biar betul kat sini ada 1 bangunan je.. So, kat sini baru aku realize that Tenggaroh ni dibuka lambat sikit dari Felda2 yang aku duduk sebelum ni.

Ok, ni lah Sek Agama (F) Tenggaroh 3. Pernah dengar Tenggaroh? Ala...tempat tinggal Memey Suhaiza tu.. Ngeh2.. tapi ni bukan sekolah dia ye sebab dia Tenggaroh lain.

~Tadaa~

Aku sekolah kat sini untuk setahun je. Tahun 1998 masa darjah 6. Cuba tengok tingkap sek dia. Ni aku rasa, pas beberapa tahun aku tinggalkan sek tu, tingkap baru diganti. Masa zaman aku.. Kalau aku cite, mesti x caya kan?

Ok aku cerita, dulu tingkap dia ni, mak aih! Tinggi sangat.. aku diri, belum tentu nampak luar lagi. Aku tenjet kan kaki pun, baru nampak atap luar tau. Cuba bayangkan tinggi dia camne. Panjat kerusi baru lah leh nampak alam sekeliling. Heh~ Dahla sek belah petang, panas nya.. Tuhan saja yang tahu. Fuh! Dalam kelas, xde siling, terus zink. Makin bertambah panas.

Sykurlah budak2 sekarang x rasa apa yang aku rasa dulu. Tak pandai gak, tak tau lah dorang. Haha~

~Yang ni pulak, SK LKTP Tenggaroh 3~

Sek Felda je ada word "LKTP" tau. Sek bandar takde. Ok, jangan tersinggung... Masa sampai sekolah ni dulu2, aku pun terperanjat gak. Sebab bangunan sikit lah. Dulu masa kat Air Tawar 2, 6 bangunan including asrama. Kat sini 2 je. Ok, actually Tenggaroh ni boleh dikategorikan pedalaman gak. Setuju tak kalau aku cakap camtu? Sila setuju.

~Blog apa, aku x ingat~

~Kat gambar di atas, belah kanan, tingkat bawah kelas masa darjah 6~
~6 Ibnu Sina~

Aku sekolah kat sini pun, setahun je.. Darjah 6. Amik UPSR kat sini..Banyak kenangan kat sini, kat sekolah lama x aktif, masuk sini terus aktif.. sebabnya sekolah lama ramai student, so banyak saingan. Kat sini, muka kita je yang masuk kecuali sukan2 lah. Lemah sikit bab2 sukan ni. (^_^"). Jawatan2 kat sek pun, erm.. adalah jugak. Paling aku ingat Setiausaha PBSM. Tulah paling tinggi, budak baru mana boleh tetiba je nak tinggi terus kan?

Cuma kenangan yang tak boleh nak dilupakan, 2 years after 1998.. when i was in Form 2.. 5 orang student dari sekolah ni, bersama 2 orang guru meninggal dunia dalam kemalangan. Dorang dalam perjalanan nak hantar budak2 Choral Speaking peringkat daerah sebab peringkat Zon dapat Johan.

Adik aku terlibat juga dalam Choral Speaking, tapi nasib menyebelahi.. dia naik kereta lagi satu. Masa kemalangan ni, Tuhan je tau. Sayu.. jiran aku dua orang meninggal. B4 kejadian, semalamnya.. banyak sangat burung gagak area rumah aku. Kata orang, banyak burung gagak maksudnya ada orang nak meninggal. Tapi masa tu, aku tak fikir apa pun sampailah besoknya.

Lepas accident tu, keluar masuk TV, paper sal benda tu. Guru kelas adik aku sampai trauma sebab 3 ke 4 orang dari kelas dia meninggal. Cuaca masa tu.. macam mana ye nak describe. Macam mendung tapi x mendung.. panas tapi x panas. Redup, tenang and sunyi sangat.

Guru pulak, sorang Islam.. sorang India. But ada juga dengar desas desus cakap cikgu India tu dah masuk Islam. Tapi tu semua kerja Tuhan. Kita tak tau. Guru Islam pula.. masa dia meninggal, isteri tengah ngandung 2 bulan anak pertama. Macam Nabi Muhammad kan?

Moga roh2 mereka2 yang terlibat dicucuri rahmat. Amin~

Last but not least, sekarang dah tambah bangunan baru. Maybe awal Januari dah boleh guna kot. Aku main agak je.


Bersambung.........

24 comments:

cik EPAL said...

ye la kot..hehe :)

avid gunner said...

great story. takziah kat family bebudak choral speaking tuh. ada siri 3 x?

~@k1 is @utuMn!~ said...

hurmm~
aki pon lme nye x g skola lme..
ye la da duk jauh kn...
huhuh....

Kaito said...

adeh...teringat zaman sekolah duli...dah lama tak buat jahat..hehe

miss izan said...

aku pernah dengar sal eksiden tuh.

adeh! rindu nak sekolah balik ;(

Fahim 'n Alin said...

pakcik dulu skola pondok je

Auna said...

hmm al fatehah untuk mereka semue ...

fidahchomell said...

tibe2 rindu zaman sek rendah...huhu

lynn-the gudigudigurl said...

heee nice memory. cepat sambung part 3.

1st time comment here =)

Si budak Aboi said...

cikgu liyana ingat lagi tak lagu sek. tue?

hisham said...

salam..sedih ni...ramai yg mninggal ek..alfatihah wat mereka...skang GB sekolah ni sape ek..??

en_me said...

dah lamer me tak gi tenggaroh 2.. ehehe

thanx singgah2 jenguk2 komen2 blog me yg ittewww

generasi clan said...

fuhh memori2.. dah jadi mcm awk baru ingat2 memori2 lepas..
tapi mcm sy rase mcm biase je.. huhuhu

http://akumenjerit.co.cc/

Mybabah said...

Salam Lia. Seronok kalau dapat cerita semula kisah zaman persekolahan dulu. Ada yang suka dan ada yang duka. Apabila ia telah menjadi sejarah yang duka pun indah untuk dikenang. Olahan Lia menarik. Cerita meresap dalam salur darah dan menggoncang sanubari. Guru semestinya perlu ada bakat meluahkan sesuatu seperti ini. Tahniah!

Aujinz said...

Takziah dulu.

errm..
ade gak makcik duk kat Air Tawar 1 ngan Lok Hengeles....ahaks..

Bandar Tenggaroh tak penah sampai lagie...:D

Fiq said...

lawa sekolah ekk

greenhall said...

rindu ah kat skola.. hoho. blh nanges ooo.. nak je putar masa balik.

sI tEDI said...

sekolah agama aku dulu dengan ygs ekarang pun jauh berbeza....

aduhai..

Sharinginfoz said...

memang seronok zaman sekolah ni penuh dengan kenangan.. manis, masam, pahit dan masin

ALRIS said...

Memanglah sedari awal bagus sekolah agama tu. Supaya ingat dalam pikiran pelajaran agama Islam.
Salam

nobuta said...

yup! lain bena dulu ngan skang hoho..

Liyana said...

cikepal: alamak, macam mimpi je orang popula terjah blog ni

avigunner: siri 3 ada... tunggu..=)

Aki: cepat balik kluang..hehe

Kaito: apa benda jht pernah awk buat masa kat sek?

miss izan: saya pun rindu zaman sek

Fahin & Alin: sek pndk pn, sek gak kan..lagi pandai bdk2 nya

Auna: al-fatihah

Fidahchomel: kat kita rindu tak..haha

lynn-the gudigudigurl: part 3 tunggu..u r welcomed...

SiBudakAboi: mestilah ingat..Air pasang pagi surut pukul 5..eh, salah2..

Hisham: GB dia sape? ntahlah.. saya pun xtau ..hihi

en_me: ada sedara kat sana ke? hehe, ok.. sama2..nanti saya komen + kutuk sekali..(o,0=)

Generasi clan: awak lain kot..

MyBabah: sori tau, penulisan saya teruk.. x patut dipuji..huhu

Aujinz: erm, nenek saya Air Tawar 1.. try g tenggaroh, dkt ngan laut..

FiQ: daah cat mesti lawa..=)

Greenhall: eh, jangan nanges di sini..banjir..=)

SiTedi: yeah! x kan nak yang lama je kan, msti ada yang baru

Sharinginfoz: yang pedas pun ada..hikhik

Alris: setuju sama kamu

Nobuta: yop! [eh, bukan yobsumo nie..hehe]

Budak Malu818 said...

la..cikgu ney,dok kt tenggaroh 3 ker? ada can ney..huk2..

Liyana said...

BudakMalu: alamak, kita sekampung ke? haha