Wednesday, October 28, 2009

Dugaan


Dah dua hari x update blog.. Bukan pe, bz sangat. Semalam sampai rumah kol10 malam. Macam2 kena settlekan. Hm..xpelah.. Janji semua selamat sudah. Entry ni panjang sangat or giler.. X nak baca xpe.. Jz nak luahkan.. X nak nanges2 lagi.

Petang semalam lepas lawat ayah kat hospital terus balik rumah nenek. Sampai rumah nenek, nenek gtau dia batuk berdarah. Masa tu sampai rumah nenek masa maghrib. After Isyak, terus siap2 hantar nenek gi klinik. Then, nenek terus tido aku. Nak balik umah dia jauh.

So, pagi tadi.. even dah pergi klinik malam tadi, ibu bawa nenek gi hospital. Sampai kat hospital, doktor cakap dia kena wat x-ray besok. Ibu pun hantar nenek balik kat Air Tawar. Baru pas hantar nenek, masa otw nak balik kota, nenek tepon semula cakap dia muntah darah sampai keluar dari hidung. Ibu pun, pusing semula amik nenek and suruh nenek duduk umah Pak Lang dulu. So, sok baru Pak Lang hantar gi hospital.

Sejak 3 hari aku kerja ni, macam2 jadi kat family aku. Aku pun xtau kenapa. Kesian ibu. Ke hulu ke hilir. Dah lah kereta aku yang bawak. Nak x nak, ibu kena lah naik taxi hantar nenek. Seb bek, masa sampai hospital pagi tadi kebetulan jumpa Pak Anjang kat sana. Dia pun tolong lah apa2 yang patut.

Ayah pulak, makin teruk! Dah 3 hari dia kat hospital. Aku pun xtau dunia perubatan ni. Tapi kata doktor, darah ayah tinggal 5.9@5.7 je dari 12 untuk darah orang normal. Semalam dan hari total masukkan darah dalam badan 3 pain
[tolong betulkan if aku eja salah]. Even dah masuk 3 pain, darah dalam badan ayah tak gerak langsung. Takpun naik sikiiiiit je. X sampai 6. Then, kata doktor, darah ayah cair. And total platlet dalam badan ayah cuma ada 1% sahaja. Sebab tu lah, bila ayah gosok gigi, gusi berdarah, darah x boleh berhenti. Oh Tuhan... Even aku tak tunjuk aku sedih depan ayah, tapi hati aku sedih sangat.

Kata doktor, kalau malam ni or besok x berubah jugak.. kena hantar ke hospital JB untuk susulan. Hm, besar betul dugaanMu. Aku sedih sangat sekarang ni.
[Sigh]. Hope everything will be ok. Yes, think positive.

Kemudian, lagi satu dugaan.. roadtax kereta mati 26hb masa daftar diri kat sekolah. Sedarnya malam. Nasib baik ibu teringat. Nak x nak, dalam keadaan urgent.. aku nekad pergi sekolah juga besoknya
[selasa]. Masa otw ke sekolah, xde ape2 masalah.. JPJ xde.. Lega, maklumlah, pagi.

Sampai je sekolah, aku x tau kenapa... aku leh langgar sidetable. Oh ayah! Sesungguhnya anakmu ini x sengaja mahu merosakkan kereta ayah. Dalam 5 tahun setengah aku bawa kereta, xpernah melanggar. Lepas melanggar, dengan malunya aku mengundurkan kereta semula. Tengok kiri kanan, seb bek ada sorang je cikgu. Itupun dia baru sampai and masih dalam kereta. So, maybe dia tak dengar kot aku melanggar. If dia dengar pun, aku kan muka selenga.. Buat bodoh sudah.

Habis part langgar sidetable, aku pun nak parking masuk dalam garaj. Garaj tu banyak tiang. Aku nampak ruang nak masuk garaj tu kecik sangat sebab tiang2 'seri' itu betul2 menganggu mata aku. Aku pun masuk slow2, biar x langgar tiang kiri kanan. Fuh, depan lepas.. then tetiba aku dengar bunyi benda bergesel. Tengok side mirror, aduhai..... kereta bergesel dengan tiang pulak. Panjang you, seb bek tak kemek. Ampun ayah! Tak sengaja.. Maka dengan gabranya aku reverse kereta and zapp! Side mirror pulak kena tiang. Lagi sekali, ampunkan anakmu ini ayah..x sengaja. Terus menggigil2 dalam kereta. Tak lama lepas tu ada sorang cikgu tu baru posting sama ngan semalam tolong tengok2 kan aku parking. Fobia and trauma beb. Settle.

Then, masa habis sekolah, nak keluarkan kereta pun still menggigil lagi. Nasib baik lepas. Lega! Habis cerita pasal kereta. Dalam kereta berdoa biar xde JPJ sepanjang perjalanan. Rupanya doaku x termakbul sebab JPJ sedang melakukan aksi menahan kereta! Ya Allah.... Nak meletop jantung aku. Camne if dia tahan aku, nak jawab apa? Camne nak bayar saman, gaji lum ada lagi? Walaupun hati nervous and rasa macam nak pengsan gak time tu, aku selambakan muka buat2 x paham. Bila sampai je dekat JPJ, slow2 aku bawa and after sampai je kat JPJ, JPJ suruh teruskan perjalanan. Alhamdulillah. Lega. Terima kasih abang JPJ. Anda memang hensem, berbudi pekerti dan berhati mulia. Sebab lepas lah aku puji dia lebih2. Hoho~

Oleh kerana aku tak sanggup nak biarkan ibu aku susah2 nak naik taxi or bus pergi hospital, aku decide beli kereta. Ops! Terlepas sudah. Bukan pe, aku x sanggup tengok ibu aku gerak sana ke mari susah payah. Sedih wei. Terharu. Even aku merancang nak beli after 3 months kerja tapi apakan daya aku. Aku sanggup amik sekarang daripada tengok ibu susah payah. Teringat masa orientasi 26hb. Timbalan Pengarah Pendidikan Johor cakap "bla, bla, bla... awak bila dapat surat tawaran kerja pagi, petang saya tau awak dah ada kat kedai kereta". Masa tu aku tolong gelak. Tapi semalam kena kat batang hidung aku
yang mancung ni. Nak buat camne.. Terpaksa yang!

8 comments:

mindbreaking said...

anggaplah semua ini ujian dari ALLAH S.W.T..setiap kejadian itu ada hikmahnya.....mungkin lps ni ada kejayaan dan kebahagian yg x disangka-sangka dtg...

|| NaFiRaa || said...

fuh!! dugaan btol.. sabar k.. harap2 lepas nih rezeki plak yg datang mencurah2..

salam kenal!!

Liyana said...

mind breaking: hopefully ya...

Liyana said...

Nafira: orait!

salam kenal juga..

akusygdia said...

norly..
aku tumpang sedih..
byk tul dugaan ko kan..
hope ko tabah..
b strong..
hope ayah n nenek ko sembuh cepat ye..=p

Liyana said...

aku syg dia: ok..

fidahchomell said...

akak doakan ayah yana cepat sembuh...be strong sis...kalo yana nk share ape2...u can always come to me...take care sis =)

Liyana said...

Kak Fidah: terima kasih kak wan..u r owes comel di hati i..