Thursday, August 27, 2009

Eventually..


Finally, setelah beberapa hari ini aku asik dok mengidam nasi kerabu akhirnya tadi dapat juga beli nasi kerabu kat bazar. Tapi orang Johor lah yang buat. Masa tu ada lagi 2 bungkus je. Selamat cepat amik tadi.. So, warna nasi biru, macam biru torqoise. Harga RM3. Berdebar gak nak beli cz takut x sedap. Tapi kepingin punya pasal, aku pun memasrahkan diri aku untuk membelinya. Hm...

After beli makanan buka, terus drive ke bank. Kununnya nak tengok baki duit dalam tu. Ceh! Padahal nak tengok gaji dah masuk belum. Dalam hati mengharap, tetapi luaran cakap saja nak tengok. Hehe.. Tepat seperti yang aku jangkakan, x duit langsung.. Adeiiii.. Sabar2.. Bilalah agaknya nak masuk gaji ni. Nak pegang duit sendiri. Huhu.. Sigh. Xpe, whatever it is aku pasrah dan redhOoooo.. >,< ... Sampai termimpi2 nak dapat gaji.. Ehehe.. [perhatian, entry ini tiada kaitan dengan sesiapa okes].

Tamat sudah kisah gaji, sekarang sambung cerita sal nasi kerabu. Hm, bila dengar je azan pas baca doa, terus makan nasi kerabu. MAK AIIIII!!! Sedap rupanya. Haha.. X sangka orang Johor pandai gak wat nasi kerabu eik! Kasi adik makan gak, dia yang x pernah makan pun cakap sedap. Hm.. Kiranya berbaloi lah aku memasrahkan diri aku membeli tadi.

Eventhough, ada gak kelebihan dan kekurangan dia..
Meh sini aku bandingkan dengan nasi kerabu tanjung Malim:
  • Tg Malim : Kerabu Ikan -----> Harga RM2.70 [kalau x silap masa aku sem 7], nasi warna biru gelap, sayur banyak, ada budu, ada air lada, ikan seekor[besar pulak tu], kelapa ada dua jenis[lebih kurang mcm serunding kot, aku xtau], ada telur masin, keropok. Memang marvellous!!!
  • Kota Tinggi : Kerabu Ikan -----> Harga RM3, nasi warna torqoise, sayur sikit, xde budu [johor belacan, pelik pulak if bagi sambal belacan kan, budu pulak kan Kelantan], x de air lada, ikan suku kot [aku dapat kepala and badan itit jew, cet!], xde serunding, telur masin, ada kopok. Tambahan: solok lada. HoHo! Diakui, kurang KICK dari Tg Malim. Kehkeh (^o^)..
Overall, hari ni punya makan sedap kowt. Alhamdulillah. Cuma air mata kucing tu.. Siyes x sedap. I like buah mata kucing dan tidak untuk air mata kucing!

2 comments:

aien said...

btol3!! nasik kerabu tg malim seyes mmg manTOP tiptop..kahkah!

Miss LeaNna said...

Aien: yeah! sokong sangat2 ..hehe