Sunday, August 16, 2009

My Graduation Day (2)


Shukur Alhamdulillah kerana dengan izin-Nya, dapat aku menamatkan pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris. So, product UPSI ialah menghasilkan guru @ cikgu. Cikgu stands 4? Akronim C.I.K.G.U ialah Celik Insan Kerana Guru Unggul. Aku harap, aku akan menjadi seorang pendidik yang berjaya di dunia dan di akhirat. InsyaAllah.

Berakhirnya Majlis Konvokesyen Sidang Ke2 2009 di UPSI, maka secara rasminya aku telah tamat belajar di universiti ini. 4 tahun yang dirasakan amat panjang sebenarnya adalah masa yang amat pendek sekali. Jika dapat diulang, akan aku gunakan sepenuhnya untuk menikmati kehidupan sebagai seorang pelajar.

Student life sebenarnya adalah satu kehidupan yang sangat menggembirakan dan membahagiakan. Antara zaman belajar dan zaman kerja mana yang paling best? (^_^)/... Semestinya zaman belajar. Ponteng kelas sama2, buat kerja sama2, berderak sama2, shopping sama2 and banyak lah sama2. Urm, aku akan merindui zaman ini sebagai memori yang terindah dalam hidup ku.

Kepada kawan2.. aku doakan kalian sukses di masa akan datang. Selepas ini mungkin kita x kan bertemu lagi melainkan dengan izin-Nya. So, jadikan kenangan yang ada ini sebagai kenangan yang akan mematangkan diri kita pada suatu hari nanti. InsyaAllah, kita akan bertemu lagi.

*******************************
~tq Ureen for helping me wearing this Jubah~

~Complete wearing [tembamnya]~
Time ni lah camera wat hal.. bateri kong
Salah aku x cas 3 minggu..huhu..

Thank you. Gambar di Auditorium. Sesungguhnya aku memang memerlukan pertolongan someone yang leh ajar aku pakai jubah ni macam mana. Part yang paling susah nak pakai ialah masa pakai ialah selempang @ hood yang membezakan setiap fakulti. Jadi Fakulti Sains dan Teknologi memakai hood yang berwarna merah. Tengok gambar di atas.. Berat gaks!

Masa dekat dewan Audi, hujan lebat sangat. Memang banjir depan Audi. Jadi, ada sedikit kesedihan sebab perarakan dari dewan Audi ke dewan SITC terpaksa dibatalkan. (T_T).. Hm, memang sedih. So, kitorang naik bus UPSI ke SITC.. Haha, berarak gak namanya tu. Masa sampai kat Audi pun, hujan memang makin lebat. Tak tau nak cakap macam mana. Kesian ayah basah lokos. My bf pun basah lokos [tulah, nape datang x gtau..huhu].

Keadaan masa tu memang kelam kabut sangat. Dengan ayah dekat DKA, ibu ngan nenek still kat Audi lagi cz stuck dalam hujan. Masa turun kereta dah bawa payung dah. Entah nape, ibu x nak.. Suh ayah letak semula kat kereta. But, things was happened. Tak boleh nak elak. Masa dah dalam dewan, aku pasrah. Takut ibu and ayah x dapat masuk dewan. Aku pun mesej ibu cakap, kalau x dapat masuk xpelah. tengoklah kat DKA.. Tak lama pastu, ibu mesej tell me that ibu and ayah dah ada dalam dewan. Alhamdulillah. Lega sangat2.

My lucky number untuk naik ke pentas ialah 22. Antara yang terawal. Memang nervous gilerr cz dah lah x pergi raptai. Bila dah atas pentas, aku gugup.. Ngeh2.. Xtau nak sebut pe. Aku jz cakap "terima kasih".. Whatever it is, semuanya berjalan dengan lancar.

Kebetulan, yang duduk belakang aku ialah Cik Ureen. So, after turun pentas pun kitorang bual2.. Amik gambar. Tapi amik gambar guna hp.. x elok. Maklumlah hp murah. Ekeke..

~Ini Cikgu Ureen~



~Ureen, ni je gambar kenangan yang kita ada [sigh]~

Aku x tau nak tulis apa.. jz looking at the picture untuk menunjukkan keadaan di sana. Last day @UPSI..Miss this moment!

~After keluar dari dewan SITC~
With my lovely family

This picture has been removed

~Depan dewan SITC di mana majlis berlangsung~

~Tataw nama tempat ni, tapi depan SITC~
~Antara sudut tercantik di UPSI~
~Depan 'Ibu Kandung' ku~
~Bangunan Suluh Budiman~


This picture also has been removed

~Dengan member course yang sempat aku jumpa~
~Muni & Ain~

~View dari tepi library~


~oh ye..lupa nak ucapkan terima kasih dekat abang aku yang sangat setia menemani dan mengambil gambar aku. Even x pro, tapi aku puas hati dengan gambar2 nyer.. View nampak cantik...Moga cepat sembuh dari demam~

~Ni bergambar kat tempat pe entah. Selalu kalau bulan puasa, bazar Ramadhan kat sini~

~Bonda & Ayahanda yang banyak berjasa kepada anakanda~
~Nenek, thank you bagi rantai comel~

*******************************

2 comments:

Anonymous said...

Bestnyer...
Moga happy dengan kejayaan itu
=)

Noor Liyana Kamarudin said...

Orait, thanks