Friday, July 3, 2009

Release Tension (29/06/09)

Hari senin merupakan hari Hol Sultan Johor.. So, sekolah pun dapat menyutikan diri dia.. Pepagi, kejut Anas cz Anas nak pergi Kluang.. Nak x nak aku kena lah hantar dia pergi Larkin. Aku x nak hantar bukan pe, cuma aku takut je nak bawa kereta sampai Larkin.. Even aku expert bawa kereta (ceh, berlagak lah pulak).. Aku x berani nak main redah-redah nie...Seb bek kazen aku Sara, tau jalan nak balik rumah dari Larkin.. Kalau x, menagis2 lah kat tengah bandaraya.. Bukan pe, masa tu minyak kereta pun dalam keadaan nyawa2 ikan..

Bila dah hantar kazen aku kat Larkin, aku belikan kazen2 aku sarapan. Entah, kawasan ape, aku pun x tau.. Nampak je kedai jual kuih, aku pun break emergency and belikan sarapan. Sebab dorang terlalu lapar, dorang makan kat dalam kereta.. Aku x makan pun cz aku x kisah makan ke x. Biasalah, sejak jadi 'pengasuh' ni, aku x makan pn xpe.. Janji 'anak-anak' dapat makan.. Heheh..Macam pe je kan! Sampai je rumah, aku buat air milo+coklat...(masa tu milo dh habis, so aku nampak coklat, aku bantai letak, janji warna sama sudah..)...Pas sarapan beramai2...kitorang pun memulakan 'operasi'...Operasi ape??? Mestilah tidooooo!!! Yelah, pepagi tido kitorang terganggu, so mesti kena qadak balik...Huhu..

Tapi, aku tidur sejam je, sampai kol11 cz aku kena masak untuk anak2 aku ni.. Kena masak awal cz aku nak kuo shopping kat Jusco petangnya... Pas masak, dorang pun makan terus makan... Mak ai, lapar betul tu. Aku pun join lah sekali, tapi biasalah, kalau aku masak, aku susah nak makan masakan aku cz xde selera...

Pas solat Zohor, aku pun keluar jap jumpa kawan aku, temankan aku beli barang kat Jusco.. Tinggalkan dorang kat rumah.. Nak bawa dorang camne, semua x mandi lagi. (padahal memang x nak bawa pun..hahaha...ketawa jahat..tp serius, dorang memang x mandi lagi).. Aku dah janji nak keluar 2 jam je... So, kol 4 lebih aku dah sampai umah semula...

Kat Jusco, aku belikan kazen aku air oren, air yogurt, air soya, roti and roti canai segera (malam b4 aku keluar, dorang merengek nak makan KFC lah, makan Pizza lah, nak air soya lah..cian dorang) .. yang selebihnya barang peribadi aku.. Aku x kisah pun kalau kazen aku minta macam2... Give and take la cz aku pun dok umah dorang. Oh ye, aku dapat 2 Chocolate Cadbury lagi tadi.. Hehe.. Thanks.. Cz xnak aku and kazen aku berebut, dapat lah 2.. Satu for kazen2 ku, satu lagi mestilah aku punya sorang...
Balik je dari Jusco, Sara nak gi Jusco plak.. Sian gak kat Sara and adik2 x kuo memana dari sejak Jumaat kecuali pagi tadi (gi Larkin, itu pun x kuo kereta)... So lepas Asar, aku pun drive semula gi Jusco.. Hm, penat nak jaga budak kecik... Macam2 kerenah dorang.. Nampak KFC nk KFC, nampak Pizza, nak Pizza.. Aku cakap, kalau nak, minta Kak Sara belanja.. Sara jawab, 'tahun depan'.. Hahaha, bengang adik dia dengar akknya cakap mcm tu.. Hm... Lastly, aku belikan dorang roti kat kedai kek... Ntah roti yang mcm2 jenis tu..Pilih lah korang nak ape...

Masuk Jusco, kitorang tersangkut pulak kat tempat main game yang guna token tu.. Hm, perabis duit kat c2 lah.. Main bola baling, 3x main x silap, main bowling (kitorang x main kat area orang besar cz budak kecik yang nak main, tapi bila dah kat tempat budak kecik, aku ngan Sara yang melebih2..Well, what to do!!! Si Fiqa and Alya ternganga je tengok kitorang main, dorang yang x dapat main)... Main bowling r paling best... Aku and Sara main tipu. Aku nak cerita pun x tau camne kitorang main tipu....Bila Fiqa and Alya tengok kitorang main ngelat, dorang pun ikut sama..Hehe...

Tengah khayal2 main, tengok jam dah kol 7 lebih..wah, kena balik ni, nanti mak ngah cari pulak kalau tengok kitorang x de kat umah.. Sampai umah, baru nak duduk, Anas hantar mesej cakap suh amik kat Larkin.. Hm, untuk kedua kalinya, aku drive malam. Seram gak, seb bek Sara tau jalan... Lambat gak lah aku sampai cz aku salah masuk jalan. So kena pusing semula...Dah la hujan time tu, betul2 adventure!

Hm, rasa malas lah nak tulis lagi... cz cite ni dari pagi sampai malam...yang penting, hari ni adalah hari penat sedunia... Sok kena gi sekolah semula dan berjumpa dengan student ku yang comel2 itu

No comments: