Friday, July 3, 2009

Panggilan Misteri....ahaks!!

Tadi ada orang tepon aku. No baru naik. Bila aku angkat suara perempuan. Hm macam pernah dengar suara ini, tapi di mana ya?? Tau x dia perkenalkan diri dia apa?


”yana, ni mak ayam...” pulak... mak ayam? Ligat otak aku berpusing macam merry go round… hehe.. Then aku tergelak.. Ha, aku tau mak ayam mana cz aku pernah dengar orang gelar dia mak ayam. Dia ni isteri tauke kedai ayam depan. Pekerja dia digelar anak ayam... Tauke nya di gelar bapak ayam.. Kalau orang yang x tau pape, mesti dorang assume bahasa ni kasar. Tapi tulah realiti... sebab dia jual ayam, dia digelar begitu. Lastly, isteri dia telefon aku dia pun menggelarkan diri dia mak ayam. Mana lah aku tak bantai gelak..


Dia minta tolong aku cakap guru besar tempat aku mengajar tu yang anak2 dia nak di sekolah kan kat SKPJ4. Anak-anak dia dah 4 hari x gi sekolah. So, nak sekolah kan kat SKPJ4 ni cz semua seisi pagi. Nasib baik guru besar tu pakcik aku. Senang je nak bagi tau.

No comments: