Sunday, July 5, 2009

Konvokesyen

Istiadat Konvokesyen

Istiadat Konvokesyen Kesebelas Sidang Kedua Ogos 2009 Universiti akan diadakan pada 11 hingga 15 Ogos 2009 bersamaan 20 hingga 24 Syaaban 1430 Hijrah bertempat di Dewan SITC, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Pakaian

Anda diminta berpakaian kemas iaitu lounge suit atau pakaian kebangsaan dan berkasut kulit hitam bagi lelaki. Baju kurung atau kebaya atau pakaian lain yang sopan, tidak terlalu ketat dan haruslah labuh ke bawah paras lutut dan berkasut sarung (bukan tumit tinggi dan bukan selipar) bagi perempuan.

Anda juga diminta mengenakan pakaian akademik iaitu jubah, hood dan topi (mortar board).

Peminjaman Pakaian Akademik

Anda boleh meminjam pakaian akademik iaitu jubah, hood dan topi (mortar board) mengikut tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

GRADUAN

TARIKH

MASA

FAKULTI

TEMPAT

Sarjana dan Ph.D

3 hinga 7 & 11 Ogos 2009

8.15 pg-12.30 tgh
dan
2.15 ptg - 5.00 ptg
(kecuali hari Jumaat kaunter dibuka pada jam 2.45 ptg)

Semua Fakulti

Pejabat Institut Pengajian Siswazah

Sarjana Muda

8.15 pagi - 12.30 tengahari

dan

2.15 petang - 5.00 petang
(kecuali hari Jumaat kaunter dibuka pada jam 2.45 petang)

Semua Fakulti

Bilik Jubah, Bangunan Pusat ICT

Nota : *Peminjaman selepas dari tarikh dan waktu di atas tidak akan dipertimbangkan.
** Panduan Saiz Jubah (Lampiran 1).

Anda dikehendaki melengkapkan Borang Peminjaman Pakaian Akademik (Lampiran 2) dan membawanya bersama dengan slip pembayaran semasa membuat peminjaman Pakaian Akademik.

Hanya bakal graduan sahaja yang dibenarkan untuk membuat pinjaman pakaian akademik, kecuali dalam kes-kes kecemasan dan kesihatan dibenarkan wakil graduan mengambilnya dengan membawa borang kebenaran untuk wakil mengambil Pakaian Akademik (Lampiran 3) dan dilampirkan dengan slip bayaran yuran konvokesyen.

Muat Turun : BORANG PEMINJAMAN PAKAIAN AKADEMIK

Bayaran

Semua bakal graduan diwajibkan membuat bayaran konvokesyen sebanyak lapan puluh ringgit (RM80.00). Pembayaran boleh dibuat di semua cawangan Bank Islam. Pembayaran hendaklah dibuat di atas nama UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS dan No. Akaun 08068 01 0023133.

Graduan yang tidak dapat hadir ke Istiadat Konvokesyen juga diwajibkan membuat bayaran konvokesyen sebanyak lapan puluh ringgit (RM80.00). Ijazah dan Transkrip Akademik tidak akan diserahkan kepada mana-mana graduan yang tidak membuat bayaran tersebut.

Semua bakal graduan dibenarkan menggunakan Borang Wang Tunai Masuk Bank Islam kaedah pembayaran yang lain.

Selepas cawangan Bank Islam memperakukan penerimaan bayaran, dapatkan kembali salinan slip bayaran yang telah bercetak dari Bank Islam sebagai bukti bayaran. Sila bawa bersama salinan slip bayaran tersebut sewaktu hendak membuat pinjaman pakaian akademik.

Muat turun : KAEDAH PEMBAYARAN YURAN KONVOKESYEN

Raptai

Semua Bakal Graduan diminta hadir ke raptai konvokesyen mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan

Tarikh : 10 Ogos 2009 (Isnin)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan SITC

KAJIAN PENGESANAN GRADUAN IPTA, IPTS DAN POLITEKNIK 2009

Semua Bakal Graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris

Semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) termasuk Universiti Pendidikan Sultan Idris telah diarahkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk menjalankan Kajian Pengesanan Graduan.


Pada Istiadat Konvokesyen Kesebelas Sidang Kedua Ogos 2009 semua graduan diwajibkan melengkapkan maklumat Kajian Pengesanan Graduan melalui laman web https://graduat.mohe.gov.my yang akan dibuka satu (1) bulan sebelum tarikh konvokesyen iaitu pada 11 Julai 2009 sehingga 24 Ogos 2009.

Saudara/i adalah diwajibkan untuk melengkapkan maklumat kajian ini dan membawa cetakan slip pengesahan kajian yang telah dilengkapkan semasa mendaftar untuk membuat peminjaman Pakaian Akademik. Kegagalan saudara/i melengkapkan maklumat ini akan menyebabkan saudara/i tidak dibenarkan mengambil Pakaian Akademik (Jubah).

Perarakan Graduan Masuk Ke Dewan

Semua bakal graduan akan mula bergerak dalam barisan dari Dewan Auditorium (DA) untuk perarakan graduan masuk ke Dewan SITC seperti berikut:

Tarikh

Sesi

Masa

11 Ogos 2009

Pagi

9.30 pagi

Petang

2.15 petang

12,13 & 16 Ogos 2009

Pagi

8.45 pagi

Petang

2.15 petang

15 Ogos 2009

Pagi

8.45 pagi

Petang

2.45 petang

Bakal Graduan yang tidak memakai pakaian akademik yang lengkap tidak dibenarkan menyertai Istiadat Konvokesyen. Semua bakal graduan tidak dibenarkan keluar dewan sehingga Istiadat Konvokesyen selesai.

Perarakan Graduan Keluar Dewan

Semua bakal graduan akan bergerak dalam barisan untuk meninggalkan dewan sebaik sahaja juruacara mengumumkan"Perarakan Graduan Keluar Dewan".

Istiadat Pengurniaan Ijazah

Sesi 7 (Pagi)
14 Ogos 2009
Jumaat

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains) dengan Kepujian

Sesi 8 (Petang)
14 Ogos 2009
Jumaat

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains) dengan Kepujian

Sesi 9 (Pagi)
15 Ogos 2009
(Sabtu)

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains) dengan Kepujian

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Moral) dengan Kepujian


Panduan Dan Tatacara Menerima Ijazah

Semua bakal graduan dikehendaki berkumpul dan melaporkan diri lengkap dengan Pakaian Akademik di Dewan Auditorium pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan (Rujuk perkara 7.1).

1. Semua bakal graduan dikehendaki duduk di kerusi yang bertanda (tagging) di Dewan Auditorium dan Dewan SITC mengikut nombor giliran masing-masing seperti yang tercatat dalam Kad Nama anda (Rujuk perkara 7.2).

2. Semua bakal graduan dikehendaki berdiri semasa Dekan mengumumkan penganugerahan Ijazah Sarjana/Sarjana Muda/Diploma.

3. Semasa Istiadat pengurniaan/penyampaian, nama graduan akan diumumkan untuk menerima Ijazah Sarjana/Sarjana Muda/Diploma. Bakal graduan akan bergerak ke hadapan dewan mengikut barisan. Sila patuhi semua arahan pegawai bertugas semasa Istiadat Konvokesyen berlangsung.

4.�Apabila nama graduan diumumkan;

  • graduan diminta berjalan terus ke arah DYMM Tuanku Canselor / Pro Canselor.
  • tunduk sebagai tanda hormat (penanda ada disediakan di atas pentas).
  • terima Ijazah Sarjana/Sarjana Muda/Diploma dengan kedua belah tangan.
  • beri ucapan"Menjunjung Kasih Tuanku" kepada Tuanku Canselor dan "Terima kasih" kepada Pro Canselor.
  • undur selangkah dan tundukkan kepala sebelum berjalan turun dari pentas dan kembali ke tempat duduk asal.
  • bagi penerima Anugerah Kecemerlangan, selepas menerima Ijazah dikehendaki duduk di tempat duduk yang disediakan iaitu di sebelah hadapan kiri dewan (menghadap pentas).

5. Panduan dan tatacara menerima ijazah akan dijelaskan dengan lebih lanjut semasa raptai.

Jemputan Kepada Keluarga

Semua bakal graduan hanya diberi satu (1) Pas Masuk untuk 2 orang ahli keluarga sahaja. Kanak-kanak berusia 15 tahun ke bawah tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan. Pas masuk dan pelekat kenderaan akan diserahkan semasa anda membuat pinjaman pakaian akademik.

Ibu bapa atau ahli keluarga yang tidak dapat memasuki Dewan SITC semasa Istiadat Konvokesyen berlangsung dijemput ke Dewan Kuliah A (DK A) dan Dewan Kuliah B (DK B) untuk menonton siaran langsung upacara Istiadat Konvokesyen melalui paparan di skrin.

Gambar

Gambar-gambar graduan semasa menerima ijazah akan diuruskan oleh Syarikat Fotografi yang dilantik oleh Universiti. Syarikat ini akan mempamerkan gambar-gambar yang telah siap diproses selepas konvokesyen. Graduan dan ahli keluarga tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam dewan semasa istiadat berlangsung, kecuali dari tempat duduk masing-masing.

Pemulangan Pakaian Akademik

Anda hendaklah memulangkan pakaian akademik yang dipinjam selewat-lewatnya seminggu atau tujuh (7) hari bekerja selepas Istiadat Konvokesyen mengikut masa dan tempat seperti berikut;

GRADUAN

TARIKH

TEMPAT

MASA

Ph.D dan Sarjana

17 - 25 Ogos 2008

Pejabat Institut Pengajian Siswazah

8.30 pagi - 12.30 tengahari

dan

2.15 petang - 4.30 petang
(kecuali hari Jumaat kaunter dibuka pada jam 2.45 petang)

Waktu bekerja sahaja

Sarjana Muda
(Semua Fakulti)

Bilik Jubah, Bangunan Pusat ICT

Denda akan dikenakan dalam kes-kes berikut:

BIL.

PERKARA

KADAR (RM)

IJAZAH LANJUTAN

SARJANA MUDA / DIPLOMA

1.

Lewat pulang Pakaian Akademik (kadar sehari lewat)

10.00

10.00

2.

Denda rosak/hilang jubah

400.00

300.00

3.

Denda rosak/hilang mortar board (topi)

80.00

70.00

4.

Denda rosak/hilang hood

50.00

40.00

5.

Denda rosak/hilang semua pakaian akademik

450.00

350.00

Sekiranya anda tidak dapat memulangkan Pakaian Akademik dalam tempoh yang ditetapkan, di atas sebab-sebab tertentu anda boleh mewakilkan kepada orang lain untuk memulangkannya dengan menggunakan borang kebenaran kepada wakil untuk memulangkan Pakaian Akademik. (Lampiran 4)

Muat Turun :

1) BORANG KEBENARAN KEPADA WAKIL UNTUK MEMULANGKAN PAKAIAN AKADEMIK

(JUBAH, TOPI DAN SELEMPANG)

Pengambilan Traskrip Dan Ijazah

Transkrip Akademik dan Ijazah boleh diambil selepas selesai semua urusan pemulangan pakaian akademik. Para graduan yang tidak dapat hadir untuk mengambil ijazah dan transkrip bolehlah mewakilkan orang lain untuk mengambilnya atau ijazah dan transkrip tersebut dipos oleh universiti dengan menggunakan borang Kebenaran mengambil ijazah dan transkrip (Lampiran 5) dan dilampirkan salinan slip bayaran yuran konvokesyen.

Graduan yang tidak memulangkan pakaian akademik dengan lengkap tidak dibenarkan mengambil transkrip dan ijazah. Graduan yang masih berhutang dengan Universiti juga tidak dibenar mengambil transkrip akademik dan� ijazah masing-masing.

Transkrip akademik dan ijazah hanya dikeluarkan satu (1) kali sahaja. Pihak universiti tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kerosakan / kehilangan dan sebagainya ke atas ijazah dan transkrip akademik sekiranya tidak dituntut, dituntut melalui pos dan dituntut melalui wakil yang mengambilnya.

Bayaran akan dikenakan untuk mendapatkan salinan dokumen-dokumen berkenaan yang hilang atau rosak dengan kadar berikut :

BIL.

PERKARA

KADAR (RM)

1

Bayaran Salinan Transkrip

10.00

2

Bayaran Salinan Ijazah

60.00

Muat Turun : BORANG KEBENARAN_WAKIL_MENGAMBIL_IJAZAH_DAN_TRANSKRIP/IJAZAH DAN TRANSKRIP� DIPOS


No comments: