Wednesday, July 8, 2009

Ganti Puasa

Hari ini aku ganti puasa aku. Pepagi bangun sahur, makan roti canai segera dengan air milo je.. Then sambung tido, solat Subuh, sambung tido lagi.. Sampai kol9...Hari ni nak g settle kan pembayaran Jubah untuk konvo... G kota naik motor dengan adik...

1st, pergi Bank Islam, then pergi BSN, pastu kacau kazen kerja kat gedung. Hehe... Lama gak aku mengacau kat kedai dia tu..X padan dengan aku yang sakit mata nie..Huru-hara ... Dalam 15 minit aku kat kedai tu, aku pun balik.. Kat tingkat 2 kat gedung tu ada kios jual kaya ball.. Masa tu aku rasa lapar sangat. Tanya Faizuddin, nak kaya ball x? Dia kata boleh je.. Dapat je kaya ball tu, aku terus makan. Mak ai.. sedapnya, maklumlah dah lama x makan..Dulu masa kerja, selalu beli kaya ball. Ok, lupakan... Masa tengah sedap makan tu, ada baki dua lagi.. Aku cakap ngan Faizudin, nah makan lah, ada lagi dua lagi.. Adik aku cakap, 'lajunya makan..Faizuddin baru makan dua'..aku cakap, sorry lah..lapar sangat... Aku rasa haus sangat.. Xpelah, aku fikir, nanti balik rumah baru minum air..

Sampai je rumah, aku tengok ibu aku makan kerepek. Aku terus ke dapur.. Masa kat dapur tu lah aku teringat aku puasa bila tekak aku rasa manis2 kaya ball... Ya Allah, aku puasa hari ni.. Aku terus kumur2, then gosok gigi...Haha, dah rezeki dapat makan kaya ball, tapi rugi cz x dapat minum air... Haha...Conclusion, tadi aku makan tanpa minum air...Nak wat camne, lupa punya pasal, aku dapat lah makan..

Xpe...puasa x batal kalau kita makan dengan x sengaja. Sekarang nie, aku sedang menunggu waktu berbuka.. Tinggal lah 3 hari puasa ganti aku..Hehe

No comments: