Saturday, July 25, 2009

Camping SKPJ4

Hm, these are the pictures masa aku camping 2 minggu lepas. Dah lama dah, tapi baru sekarang aku dapat keluarkan. So, just wanna share the moment... Dekat dalam gambar ni, macam yang aku cerita dalam entry yang lepas, gambar aku memang sikit. So, aku masukkan dulu gambar aku. Tengoklah, semua gambar syok sendiri. Siapalah yang sudi nak amikkan kan. Hukhuk...


Seperti yang diketahui, masa tu aku memang sakit mata, so.. need to wear a glass everytime. Macam poyo je kan. Haha, yang penting selamba. Peduli kata orang keliling.. Pada 'orang luar' yang suka hati ko je nak 'sound' aku, aku nasihatkan.. Kalau masuk group kitorang, jaga sikit mulut. Hormat sikit kitorang. [orang yang sound aku tu, bukan guru2, tetapi sukarelawan yang dipelawa untuk tolong guru2 buat kerja].

Masa pergi, aku kena naik bus dengan student. Urusetia yang memang setia menguruskan student. Sabar je lah. Budak2 naik bus, tau2 jelah. Macam jim alif kaf nun. Dah lah aku ni sensitif, tak selesa sikit, terus lah aku mabuk. Sebenarnya, aku ikut g camping ni, suka2 je cz kalau aku tak pergi pun xpe sebab xde gaji. Aku ni, nak melayan boring, dari terperap kat rumah, baik keluar.

Hm, bila part nak bergambar, masing2 nak mengexposekan diri and tunjuk 'peace'. Adui, tensen aku. Lepas tu, bila dah lepas amik gambar, sibuk pula nak tengok previous picture. Sorry guy, x dapat tengok cz korang ganas. Habis nanti. Bila dorang dah selalu amik gambar tunjuk peace, aku pulak tersengal ikut sama tunjuk peace. Haha....


Gambar2 kat atas ni, antara gambar aku dengan student. Tengok lah gaya diorang. Bergambar macam kamera itu, depa yang punya. Takpe, aku tak kisah.. Cuma tensen sikit cz peluang aku nak bergambar tu susah sangat. Banyak sangat halangan. Tengoklah, bila nak amik gambar, ada tangan lah, muka lah. Dah muka aku nampak sikit. Huhu, sedihnya.... =(

Oleh kerana ketidakdengaran *ada ke dalam BM word ni?* dorang terhadap apa yang guru2 cakap, malam tu dorang kena denda. Kena buat helikopter. Pening lalat dorang. Dua kali kena denda. Lepas kena denda, dorang kena tutup mata sebab program Night Walking akan dibuat..

Masa ni lah, memang kena bersabar tahap dewa. Masa student dah tutup mata, dorang dimomok-momokan dengan cerita seram, sal kubur askar jepun, sal pontianak, sal orang mati kena bunuh dll. Sampai student perempuan nanges2 [aku tau, dorang nanges ngada2 cz nak dapat perhatian]. Sori, dengan aku, aku tak kan layan.

Time ni lah, bila aku bawa sorang sorang student gi satu tempat. Macam2 aku kena. Kena tendang, kena gigit and yang paling teruk, aku tergolek dengan student. Dia meronta kuat sangat sampai aku tergolek2 kat atas tanah tu. Nasib baik pakai sweater, kalau x memang baju aku kotor cz masa tu baru lepas hujan. Masa aku nak bangun, tudung aku kena rentap ngan student ni, dia pegang x nak lepas. Dah la pegang betul2 dekat bawah leher aku. Sampai aku nak tercekik. Aku nak lepaskan tangan dia, tapi dia pegang kuat sangat. yang x tahannya.. student boleh cakap dengan aku

" Cikgu, tolong lah lepaskan saya, saya x nak ikut cikgu"


Masalahnya sekarang, aku ke yang x nak lepaskan dia or dia yang x nak lepaskan aku??? Dia yang pegang tudung aku tak nak lepas! Last, ada sorang, aku x ingat siapa... Tolong leraikan kitorang. Haha, dah lah atas tanah.. Bengang aku.

Kemudian, kat last check point.. Student x boleh buka penutup mata lagi. Dorang kena duduk senyap sahaja. Yang penting, penutup mata jangan ditanggalkan. Bila kerja aku menarik student selesai, aku pun kacau lah dorang kat situ. Masa aku kacau, aku x keluarkan suara langsung. So, student tak tau cikgu mana yang ada kat check point tu. Dalam 5 minit, lepas tu aku terdengar satu suara

Student : Cikgu Liyana... saya nak pergi tandas.. x tahan nak terkencing!
Aku yang tengah 'giat' kacau student terperanjat.
Aku : Eh, macam mana awak tau saya kat sini?
Student : Saya main teka je..
Aku : Tipu, awak buka mata kan?
Student : Tak lah cikgu, saya main teka je...
Aku : Kalau main teka, kenapa sekali sebut nama je terus betol?
Student : *senyap je*
Aku : Oleh kerana awak buka mata, saya x benarkan awak pergi tandas..

Hehe, macam kejamkan? Tapi aku ni mana boleh nak halang2. Kesian. So, aku panggil sorang sukarelawan, suh bawa dia pergi tandas.

Besoknya, kena jungle tracking. Gambar di atas menunjukkan student di suruh menyapu muka kawan mereka dengan menggunakan lumut. Eeee yucks!!

~ni gambar guru2 yang terlibat~

~untuk pengetahuan, actually guru kat sini semua muda2~
~yang paling muda aku lah, wawawa~
~tapi.. ada lagi sorang muda dari aku, guru praktikal~
~tapi, dia lelaki..so, ada perbezaan sikit di sini~

p/s : aku x dapat menghadiri majlis penutup kerana aku pulang sehari lebih awal kerana masalah mata =8)

No comments: