Sunday, July 12, 2009

Camping

Hm, entry kali ni aku nak cerita sikit je... Jumaat lepas aku dah start mengajar semula. Kemudian, petangnya aku pergi perkhemahan dengan student kat Tiram Indah Village. Hm, best juga lah.. Tapi semalam (Sabtu) aku terpaksa juga balik rumah sebab sakit mata aku makin teruk. Mata sebelah kiri aku, bengkak x surut2. Kemudian, after balik dari Jungle Tracking aku pun tidur sekejap. Bila bangun tido, mata kanan aku berair. Rupanya, mata kanan aku pulak yang jangkit. Hm, mata kiri pun belum baik lagi dah kena mata belah kanan...

Semalam, 'terpaksa' lah melepaskan 'anak2' aku kepada guru pembimbing lain. Kesian diorang. Dah xde guru pembimbing se'cute' aku.. Hahaha.. Xde lah, saja jeww... Hm, dari start aku kat camp tu, aku pakai spec hitam yang boleh menyamarkan mata aku yang sakit ni. Hm, cuma malam je lah aku x pakai cz nanti kang x pasal2 tergolek2 cz x nampak jalan.

Sebab aku balik rumah kota ni tergesa2, aku x bawa lah USB Wire untuk transfer gambar masa camping tu. For the next entry and if i was transferred the picture, aku akan masukkan gambar camping tu. Yang paling sedihnya, aku ni camera'girl' tapi gambar aku sangat sikit. Rasanya x sampai 10 pieces in every 200 capturess!!! So, pathetics!! Huaaaaa.. Xde siapa nak amikkan gambar aku.. Nak suruh student amikkan pun, entah pape je... Dorang pandai tekan je..Huhu... Kesimpulannya, aku menjadi SYOK SENDIRI dengan cara mengambil gambar sendiri.

p/s: entah bila aku akan naik sekolah ni. Based on my condition sekarang ni, rasa dalam seminggu dua aku x leh gi sekolah. Kesian budak2 aku, mesti math tertinggal jauh sangat... Hm, what to do.. Bukan aku yang minta sakit ni datang..Doakan lah aku sembuh dan selamat kembali ke sekolah.

No comments: