Saturday, July 18, 2009

Bila aku merepek...

Hm, nak start dari mana ye? Dalam kotak fikiran terlalu banyak yang difikirkan, akan tetapi tidak terluah dek kata-kata mahupun tangan yang giat menaip ini.
  • Esok aku dah x dapat nak update blog cz aku akan kembali semula ke Permas untuk menjalankan tugas sebagai seorang pendidik setelah seminggu aku men'culas'kan diri. Haha, bukan culas k, i sakit.. So, to my students.. here i come.. mimpi ngeri lah korang lepas ni cz saya sudah kembali..[sambil membuat muka jahat]
  • Sepanjang lebih seminggu aku berada di rumah, hari2 yang dilalui amat lah membosankan kerana a) x dapat jalan keluar untuk berenjoy2 atau pun untuk melepak dan membuang masa dengan kawan2 b) memang x boleh keluar rumah pun cz mata akan mengalirkan air mata dan membengkak kerana alah apabila terkena panahan cahaya yang terang benderang mahupun cahaya yang suam2 kuku
  • Aku akan kembali meng'update' blog ini InsyaAllah hari Jumaat minggu depan. Kalau aku dapat balik lah.. hehe..
Okeylah: selesai merepek.. sekarang nak tanya "pernah dengar x ayat ini?"
"Jangan cuba mencipta harapan jika kau hanya mainkan perasaan"[sebenarnya lagu Dia Fadila]. Rasanya lagu ini sesuai untuk siapa ye.. Rasanya sesuai untuk aku.. hehe. Yelah, jangan lah mainkan perasaan aku. Jadi penasaran[bak kata student aku kalau dia tengok aku marah] tahu tak. Hati aku ni, aku dah rasa macam apa.. Buat apa suka kat kita kalau diri sendiri tak tahu perasaan sendiri. Betul x? Kalau nak paksa-paksa diri buat apa. Xde maknanya. So, tolonglah. Kita settle cara baik. Tak guna nak pendam lama-lama. Bila dah setlle kan lega. Tak kisah lah solutionnya positive or negative[even x harap yang negative]. Tak payah lah susah-susah nak fikir apa lagi lepas ni.

.: Yana and Ureen:.
hehehe..tomey kan!

Selesai yang tadi, sekarang nak cakap pasal konvo. Aku dapat respon dari kawan aku yang baca blog ni. Bagus dia, terus mesej aku. Dia sms "Yana, apa masalah ko sebenarnya?". So, thank you UREEN kerana concern about me! I really appreciate it. Sayang Ureen [bukan sayang hari ni je tau, dari zaman matrik lagi]. Aku x tau nak cakap camne, tapi x sangka.. Cuma x sangka lah.. hehe..

Lagi satu ni, about kawan aku yang lain pula. Biarlah aku namakan Matahari [sukati ko je Noli namakan orang] sebab dari B. Arab ke BM memang maknanya begitu [kalau dia baca 'masak' aku].Dia tanya aku konvo bila. Memandangkan aku dah lama sangat x balas mesej dia w/pun dia selalu mesej untuk tanya khabar. So tadi aku pun balas mesej dia. Yelah, serba-salah juga cz orang buat baik kat kita, kita wat macam tu pulak. So, aku pun balas lah.

Dari mesej2 dia, dia tanya aku konvo bila. Tahu x, dia minta izin nak datang konvo aku! Hati aku jadi penasaran lagi. Haha. Bukan pe, x pernah terlintas di otak aku, di dalam kepala aku, dalam urat saraf otak aku ada orang nak datang ke konvo aku melainkan family aku. Aku x tau nak cakap macam mana. Aku kena minta izin parent. So, tadi, aku tanya ibu and ibu izinkan. Dia cakap nak datang sorang. But, jauh di sudut hati aku, aku mengharapkan agar dia datang dengan isteri dia cz aku x nak lah isteri fikir apa2 nanti.

Hm, lepas ni.. sesiapa nak datang konvo aku, sila berbincang dengan aku dulu then baru decide. Kena bersoal-jawab dengan aku dulu. And jawapan dia kompomlah postive. Cuma aku x sangka lah, ada gak yang nak datang konvo aku. Aku ingat x de yang nak datang. Hmmm.. sebenarnya i'm soooo dissapointed with one guy ni. Tak tau lah dissapointed camne. Xpelah, x penting. Malas je nak luahkan.

Hmmm... Tengok kazen aku Wahida, dia dah beli baju untuk pakai gi konvo. Aduhai. Lagi sekali, x terlintas di otak aku nak pakai baju lawa-lawa gi konvo. Tapi bila fikir2 kan, best gak kalau pakai baju lawa-lawa cz bila lagi nak melawa kan? Aku ada satu baju tu, tak pernah pakai lagi.. Tapi syarat konvo, mestilah pakai baju yang tidak terlalu ketat dan labuh bawah lutut [based on buku panduan konvo]. So, dah sah-sah lah baju yang aku nak pakai ni kena reject. Baru nak melawa.. Hakhak.. X pelah, pakai baju kurung biasa sudah. Lagipun konvo pakai jubah labuh, and nampak kasut je [nak sedapkan hati ni]. Hm, cakap pasal kasut COMFORM kena beli!!! Ibu, tolong support anakmu ini.. =8).


No comments: