Friday, July 3, 2009

Balik2 Jusco lagi...(2/7/09)

Hm, masa Sara balik dari sekolah, dia buat suara manja dengan aku
"Kak Noli....Kak Noli..."
Aku yang kat dalam bilik cakap, ada benda lah tu nak minta...Aku tanya nak gi Jusco eik! dia kata a'ah.. Aku cakap boleh, pas Isyak baru pergi... After isyak, kitorang pun bertolak dengan menaiki kaki... Adalah lebih kurang 1km nak gi Jusco tu.. Sampai kat Jusco, beselah.. gi kedai buku dulu, baca2 apa yang menarik and then beli roti kat kedai kek, then jejalan dalam Jusco, after that gi lalu kat tempat main game. Bila dah lalu c2, addict kitorang membara semula... Kali ni kitorang main bahagian orang besar2 punya... main 2 game je... aku x tau apa nama permainan tu... Bila kitorang dah main, mmg dah x ingat dunia.. Syok taw!! Ter'release' gak tension aku and dapat lah lupakan sekejap masalah aku yang makin memuncak ni..

Dalam kol 10, anas mesej tanya kitorang kat mana.Aku cakap kat Jusco.. Dia tanya nak dia amik x? Aku cakap boleh gak kalau nak amik.. Sara cakap, kalau Anas nak amik kita balik lambat sikit. Aku pun ok je.. Dalam kol 10.45 pm aku mesej Anas, 'amk lah sekrang, ktorang tunggu bawah jejantas'..dengan pantas Anas jawab 'jap2'...Bila sampai bawah jejantas tu, Anas mesej semula 'Kak Noli, sorry..kereta xde..ayh bw g markas'.. Mak ai.. Dah la dah malam.. Nak x nak, kitorang terpaksa jalan kaki balik. Dekat kawasan tu ada disco, ada pub... nak x nak kena lalu gak.. Takut gak sebenarnya..

Sampai je pagar masuk, tau x apa jadi? Pintu pagar dah kunci...Hm, camne ni.Aku guna lah kunci pendua yang Pak Ngah bagi, kata Pak Ngah kat kunci tu ada kunci pagar luar..Aku try tiga-tiga..But, semuanya tak leh guna..leh masuk, tapi x leh pusing.. Kesudahannya, aku ngan Sara memanjat pagar.. Macam pencuri pulak.. Memula Sara yang panjat dulu..Then dia terjun, jatuh atas batu.. Hahaha.. aku tolong gelakkan. Dia cakap ngan aku 'Kak Noli, bebaik, ada batu banyak ni, Sara kena tadi, sakit..'..

Masa aku tengah panjat ada lah satu dua kereta lalu.. Aku segan lah.. sebab aku ni cikgu sekolah depan, then dah besar2 ni pun memanjat.. Pak Guard sekolah aku pulak, agaknya nampak orang pnjt pagar, dia suluh.. Sara kata bebaik, Pak Guard suluh...aku toleh belakang, memang tengah suluh.. aduh, jangan dia tau aku cikgu sekolah tu dah lah... Kang x pasal2 jadi 'glamour' plak... Sampai je atas pagar, aku pun terjun.. Haha, dapat gak elak batu2 tu... Lega sikit, tapi menyampah.. Anas punya pasal kitorang terpaksa jadi macam pencuri.. Sampai umah, tengok Anas dah xde.. Pe lagi, melepak kat CC r tu..

2 comments:

Anonymous said...

haha.. lawak2..

Miss Leeya said...

Hm, lawak ke? penat adalah...