Wednesday, July 29, 2009

After Interview

Ok, today tetiba on laptop dapat wireless dari SMK Permas Jaya 2. Sebelah rumah je ni. So, aku mengambil kesempatan yang ada untuk meng'update' blog.

Pagi tadi aku telah ditemuduga di SMK Mohd Khalid. Masuk je dewan, kena daftar kemudian duduk kat meja untuk buat ujian INSAK. Masa beratur kat dewan, dalam otak terfikir.. Mana member2 U ni? X nampak pun! Masa turun tanggga tu lah tetiba aku nampak housemate aku.. Yati..Haha, lama giler x jumpa. Windu... Bual2 ngan dia and tengok dia pun dah pandai berhias. Maklumlah, dah besar kan. Aku? Hm, nak pakai lipstik pun x sempat sebab aku bangun lambat. Dah la malam tadi masa cari maklumat aku tertido dengan laptop atas badan. Sabar jelah.

Kemudian, masa nak pergi pusat temuduga tu, aku x jumpa pemadam kat rumah. Tanya adik, kat Petronas ada jual pemadam x? Dia kata mana ada..Aku tau x de, tapi aku kena cari gak pemadam. Masa bayar duit minyak, aku dengan mula malu tanya cashier ada jual pemadam x. Luckily ada! Haha, sungguh tidak ku sangka ada jual pemadam di Petronas. Lega!

After that, dengan bawa kereta selaju 100km/h aku sampai kat sekolah tu jam 8 tepat. Fuh, selamat. Lupa nak cakap, adik laki yang hantar aku. Masa dalam kereta on the way ke sana, mulut aku sangat bising. Kenapa? Cz menghafal info2 yang mungkin bakal ditanya interviewer!

Ok, pas buat ujian INSAK, ada sedikit penerangan dari staff Sumber Manusia. Kemudian bilik dberikan. Di situ, terdapat 4 bilik. Nak tau, aku dapat bilik pertama dan juga interviewee yang pertama juga! Rasa macam nak pecah jantung..Hoho.. Dah la orang 1st.

~agaknya mcm ni lah gaya aku masa masuk bilik tuMySpace~

Ada 2 interviewers. Dia bertanya
  1. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
  2. Buku apa yang aku baca dalam masa seminggu ni [aku jawab Mastika, hehe...]
  3. Kaitkan apa yang aku baca dengan Sains [memang terkial2 ni]
  4. Perbezaan mengajar di sekolah rendah dan sekolah menengah
  5. Aku nak posting mana? [of course aku jawab Selangor]
Huraian mengikut nombor:
  1. Dapat jawab dengan yakinnya cz dalam kereta tadi aku menghafal.
  2. Aku memang akui x baca buku sebab bz dengan wat soalan exam. Tapi aku x gtau dia lah sal benda tu. Interviewer : geleng kepala.
  3. Haha... Aku betul2 merepek! Nak tulis kat sini sangat malu. Tapi, aku dapat relate kan dengan Inertia! Konon lah tu. Interviewer : gelak dengar jawapan aku.
  4. Mathematics in BI----> sek ren xtau nak makna/translit. Sek men----> dorang dah tau basic. Time ni memang aku 'kena' gak dengan dia. Dia tanya kenapa aku x ajar dalam BM? Memang taku sangat sebab muka dorang serius! Aku cakap, activity book semua dalam BI, xde pun dalam BM. So, aku kena aku kena ajar juga dalam BI. Tapi diselang-selikan dengan BM. Kiranya 30% BI, 70% BM [yeke?]
  5. Yang ni aku jawab Selangor. Dia tanya kenapa? Aku jawab nak kerja jauh2 dulu baru balik johor
Interviewer: Awak sekolah mana?
Aku: Tenggaroh A.
Interviewer: Saya letak awak kat situ jelah.
Aku: *senyum*
Interviewer: Ayah kampung mana?
Aku: Kluang...
Interviewer: Kalau gitu, saya letak awak kat Kluang lah.
Aku: *senyum lagi*
Interviewer: Kenapa nak sangat Selangor?
Aku: Cz pernah praktikal kat sana.
Interviewer: Kat mana?
Aku: SMKA Simpang Lima..
Interviewer: Ke awak dah tunang or bf awak kat sana...
~Ha????~MySpace
Aku: *dengan pantas menjawab* eh, tak...tak...
Interviewer: Betul? Saya serius ni, kalau ya, cakap je, senang nanti.
Aku: Betul.. Takde, takde..
Interviewer: Kalau macam tu, baik awak pergi Sabah Sarawak.
Aku: Ha? Xnak lah.
Interviewer: Hm, kat sana lagi banyak pengalaman. Kalau Selangor, sama je kat Semenanjung gak.
Aku: *senyum je larrrr*
Interviewer: Ok, jawab soalan saya. Pilih, Sabah atau Sarawak..
Aku: *lama gak senyap*... Sarawak!
Interviewer: Jangan takut, perempuan dia x kan hantar ke pedalaman. Kalau Sarawak, area Kuching and Sibu. Kalau Sabah, K. Kinabalu.
Aku: Sarawak!
Interviewer: Comfirm?
Aku: *angguk*...Comfirm.
Interviewer: Betul?
Aku: ya...[dalam hati aku dah cuak]

Lepas je habis soalan tu, dia pun benarkan aku keluar. B4 aku keluar dia cakap dengan aku "TABAH YE"... Masa tu aku x fikir pape. Now, baru aku terfikir entah2 betul dia nak hantar aku ke Sarawak. Habis. I kena pasrah!

Jam 10 lebih aku meninggalkan SMK Mohd Khalid dengan hati yang gembira dan cuak. Cuak mestilah tau kenapa kan!

~Tamat~

*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

I got message from Miss Tora2. She told me that UPSI will be closed starting by tomorrow until 5 hb cz of H1N1 desease. Student KHAR kena kuarantin. Ya allah, aku dah beli tiket nak ke sana 3hb. Macam mana nak pulangkan. So many problem. Malam ni baru dapat tau cerita yang sahih. Ada yang kata 2 hari je tutup, ada yang kat sampai 5hb. Kat Tg Malim pun katanya orang2 dah pakai mask! Hm, bila lagi nak amik jubah. X nak tangguh2...Help MySpace

No comments: