Friday, July 3, 2009

1st day di SKPJ4 (23/06/2009)

Hari ni 1st day aku dekat sekolah baru. Nama sek tu SKPJ4. Pepagi aku dah jumpa GPK 1 cz nak tau aku kena ajar subjek ape. Ingatkan GPK tu dah berumur, rupanya muda lagi. Peramah sangat and agak berbeza dengan apa yang aku gambarkan malam tadi. So, pepagi aku bagi sijil SPM, Matrikulasi and surat pengesahan senat dari UPSI. Tu rujukan untuk gaji aku. Harap PPD bagi gaji ikut degree. Kalau x ikut, xpelah. Aku x kisah. Lagipun gaji dapat 3 bulan lagi. So, aku akan berada di bawah tanggungan ibu aku sampai habis kerja. Aduhai.. Pressure gak.


The first class yang aku masuk ialah kelas darjah 3A... Masa aku sampai kelas kosong. Aku tunggu kat luar. Dorang g PJK. Masa sampai sume dah ada aku pun masuk. Benda 1st yang aku terperanjat masuk kelas ialah xde meja guru kat depan. Alamak, x leh nak bermalas-malasan lah nie. Kemudian tengok belakang, rupanya ada meja guru kat belakang. Hehe, leh lah duduk kalau dah habis ajar.

Budak kelas 3A ni, kata GPK HEM, degil tapi boleh pakai. Kalau yang B and C degil x boleh pakai. Tapi, aku tertekan betol ngan kelas ni. Asik menjerit2 je macam kena histeria. Cikgu ada kat depan, dorang leh nak memain kat belakang. Rasa macam nak +*#%$ je dorang ni. Bape kali aku pukul pengelap habuk yang ada besi dia kat belakang tu pun x jalan. Kalau jalan, aku rasa x sampai 20 saat then buat hal lagi. Pergh!!!!Sek Men pun dengar kata. Tu lah, kata GPK HEM tadi better ajar Sek Men dari ajar Sek Ren. Dalam hati aku mengiyakan ’betol, betol, betol!’ macam Upin Ipin. Huhu..Ni baru kelas darjah 3.


Yang darjah 2 pulak, lagi dahsyat. Aku nak cerita pun x tau nak start camne. Serius, sepanjang aku pergi sekolah mana2, ni lah sek 1st yang aku jumpa student perangai macam nie. Buat macam cikgu x de dalam kelas je. Cakap menjawab. Aku suruh senyap, makin bising. Terpekik terlolong macam POLONG! Geram giler aku. Yang aku malunya, masa aku x dapat kawal kelas, masa tu kelas dah tahap nazak punya bising, cikgu kat kelas pra-sekolah 2 orang tengok..Mak ai, tak tebal plak muka aku nie bila kena tengok macam 2. Ni baru hari 1st. Sok, tulat, lusa, a month? I cant describe what will happen.


But, 1st day made me very disappointed towards them. Hyper naughty! Hyperactive! Hyper talkative! Evetything hyper hyper. Geram…..


Lagi satu masalah ialah, guru asal yang aku ganti ni actually guru Agama and Arab. Cuma 2 masa je dia ajar KT. Kelas agama memang aku tak leh ajar cz aku xde sijil agama. Tapi kelas bahasa Arab tu. Tak kan le sepanjang 2 bulan aku dekat sek ni, aku xnak ajar dorang. Aku x tau nak solve problem macam mana. Aku tanya cikgu arab yang lain, dorang pun baru pindah. Sorang baru start semalam, sorang lagi dah seminggu start. So, they dont know certain thing about this. Pressure gak. Aku ni dah berzaman tinggalkan BA. Nak ulang balik tu camne. Makna2 pun x ingat dah. Setakat Kam saah, kaifa haluka/ki boleh lah.. huhu, hope this problem can be solved as soon as possible....


p/s: actullay, aku tulis benda kat atas ni pada tarikh yang tepat. Cuma lambat update kat blog cz xde internet.

No comments: