Sunday, June 21, 2009

Tolonglah aku...

Hari ni hari ke3 aku kerja kat kedai. So, aku memang bercadang nak stay lama kat kedai tu..Maklumlah, nak tunggu bulan 11 lama lagi. Aku cadang, kalau aku x dapat cuti during konvo, aku nak berhenti. Kalau dapat cuti aku akan terus kerja kat c2 sampai panggilan kerja nanti.
Tapi, bila aku dah senang kerja kat c2 (walaupun 3 hari..) aku rasa senang sahaja... X payah nak risau pape. Masalahnya sekarang, kata2 ibu b4 aku kerja 'kalau dapat kerja seminggu tetiba panggilan guru ganti macam mana?'..aku cakap x mengharap pun cz dah a month aku apply. But no feedback dari PPD, so aku buang jauh2 harapan aku nak jadi guru ganti...

Balik je kerja hari ni, ayah gtau ada good news untuk aku. Pergh, aku kat atas motor lagi masa tu terus nervous. Good news apa plak. Ni yang x nak dengar cz hati aku mengatakan ni mesti sal guru gak ni. Anggapan aku ni jadi kenyataan cz tadi ayah aku pergi markas (untuk orang Tabligh je...). Kat c2 dia jumpa Pak Ngah. Pak Ngah ni guru besar sek rendah. Dia kata, kerja kat sek tu cz ada kosong. Suh datang besok (Ahad) then Isnin dah leh start kerja. Cuma bawa dokumen yang membuktikan aku ada degree.

Gembira aku dengar berita tu. Now, the problem now is aku baru kerja kat kedai 3 hari...X kan nak berhenti..Malu lah aku cz masa minta, aku cakap kompom!Oh Tuhan, tolong lah hamba-Mu ini..Macam mana nie..Aku ada masa beberapa jam je sebelum aku pilih nak gi mengajar atau pun teruskan kerja kat kedai. Aku boleh je nak pergi mengajar..Tapi kalau aku berhenti serta merta, gaji mesti x dapat punya. Dah la tengah pokai gilerrr nie. Macam mana yer...

Nak minta pandangan bf, boleh plak dia kata dia nak save kredit dia sampai dia balik 25hb ni..Mak ai, x kan aku nak tepon plak. Dah la duit nak topap pun xde. Baru je nak wat emergency call (guna maxis) kat dia.. Sedihnya...Kang bila aku wat MC call menyusahkan dia..Arghhhh!!!! Dah terbantut niat nak gtau dia.

Kalau ikutkan, gaji.. semua lumayan. Lagi lumayan guru lah cz guna degree... Tapi aku nak kerja guru ganti pun bukan sebab apa, cuma rindu nak balik ke sekolah and nak ajar student. Rindu sangat saat2 dengan student. Aduhai, tolong lah aku...Tolong la aku.. I think, kalau orang baca masalah aku ni, mesti they all akan suggest aku pergi ke sekolah sahaja and mengajar. Of course aku nak pergi sekolah. Masalahnya tu lah, macam mana aku nak beritahu abang Ariffin aku nak berhenti cz baru 3 hari kerja. Aduhai..Ya Allah, tolong lah aku..

Apa yang aku fikirkan sekarang ialah sok pepagi nak telefon Pak Ngah nak tanya kalau postpone seminggu boleh x sebab nak uruskan hal kerja kat kedai...Isk, malu lah aku ngan abang Ariffin. Si Linda plak, tadi dia dapat call dari tempat dia kerja dulu suh dia kerja semula kat c2. Linda ni pun awal 2 hari je kerja kat kedai 2. Kalau dedua berhenti macamana????? Abang Ariffin pernah cakap kat aku yang dia x nak amik pekerja melayu lelaki cz perangainya lain sikit. Kang kalau aku and Linda 'buat hal' dah dia x nak amik plak cashier melayu..aduyai...Ya Allah... How come?How can I solve this problem....Aku betul2 keliru sekarang ini.

~~~~TOLONG~~~~

No comments: