Tuesday, June 23, 2009

Jay Jay


Ha...tadi aku asik terserempak je ngan Jay Jay..Kenal x sape Jay Jay. Ala... yang nyanyi lagu tu..Lagu tu lah... Hehe..Masa 1st time nampak, aku terperanjat. Ingat kan sape. Aku tengok lama gak, dia nak gi surau, aku pun nak pergi. Masa naik tangga, aku belakang dia. Pergh..memang sejibik Jay Jay...Pakai topi, spec hitam and rambut panjang warna perang. Cuma nampak kecik. Dalam tv nampak tinggi. Masa naik tangga tu lah, orang depan Jay Jay tengok belakang sekali, then tengok lagi..Aku rasa dorang pun perasan tu Jay Jay. Yelah tu kot. Masa dia salam orang, aku dengar suara dia, memang sama..So, aku pun sembahyang...

Balik kat kedai, aku tanya Linda sape artis jemputan yang datang? (masa tu ada pertandingan karaoke akhir)...si Linda ni pun cakap, Liyana Jasmay and sape ntah, aku pun x tau. Aku pun cerita lah kat Linda (macam cerita kat atas)...dia kata x tau..so aku abaikan lah apa yang aku tengok tadi. Maybe orang yang sejibik Jay Jay..ngeh ngeh...

Masa solat asar pulak, aku jumpa dia lagi. Aku nak naik tangga, dia pulak nak turun (dah siap solat la tu)..aku tengok dia nak cam betul2...tiba sebelah aku, dia tunduk.. Haha, aku tetap yakin tu Jay Jay... Siap je solat, aku dengar lagu yang best sangat. Masa lagu tu start je, orang bersorak. Aku tanya lah, orang yang berdekatan ngan aku dalam surau tu, lagu ni siapa yang nyanyi..Dia kata Jay Jay.. Hm, dah sah..terang lagi bersuluh tu yang aku nampak tu Jay Jay..

Tapi kan, masalahnya...yang aku ni sibuk nak tulis sal Jay Jay ni nape? Bukan dia kenal aku pun. Takpelah, dah aku suka menulis... Nak buat macam mana kan. Tapi kan jarang artis jalan sorang2 macam Jay Jay buat. Dia memang stylo...Gaya dia memang x pernah berubah macam dalam tv.....dan yang paling penting, se'busy' mana pun dia, dia x tinggal solat...

Sok nak gi sekolah mata dah ngantuk tapi barang tak siap kemas lagi, habis aku kena marah ngan ibu nanti dan padan muka aku..hua hua..siap lah ko Yana sok! Menadah telinga

No comments: