Monday, May 18, 2009

SMS....


Sekarang kan.. zaman yang canggih.. aku berSMS dengan kawan2 guna bhasa ringkas je...
Jom tengok camne bahasa ringkas tu
  1. Tidak tahu --> bahasa SMS = x tau. ni ok lagi. Ada gak yang wat lagi best "tataw"
  2. Tahu --> tau. Okeylah, ni paham lagi. Tapi yang paling canggih leh jadi "aw". Aku ingat 'aw' tu bendaklah pe, rupenyer tahu. Sekali imbas macam bahasa 'nyah' la plak. Ahakz..
  3. Sahaja --> je... aku pun guna gak bahasa ni. Tapi nak nampak manja lagi guna 'jew'... Ha, dah nampak manja...
  4. Ok, klu SMS yang ni plak camne?? ringkasa "mrh"? Ape yang korang akan pk? Mestilah 'murah, merah, marah'... klu ada sms cmni agak kompius gak cz mcm2 yang kita leh tafsirkan
Aku komen2 ni, tapi aku pun tulis dalam short form gak. Maknanya, kalau kita sendiri x buat perubahan, siapa yang nak ikot. Betol x....tapi kesimpulannya kita guna ringkasan SMS untuk ringkas dan cepat. Cuba bayangkan kalau kita tulis ayat penuh... Erm.... Mesti berpage2 kan. Lagi satu mesti lah nak murah!

No comments: