Wednesday, March 7, 2012

34 minggu 5/7 hari

Sumber

It is almost 35 weeks pregnancy. Jika tanya kawan-kawan yang dah berpengalaman melahirkan, dorang bersalin area 36 and 37 weeks. Means kalau ikut mereka, lagi dua minggu. Semakin hampir.

34 minggu inilah macam-macam rasa ada. Aku penat dengan kerja. Balik rumah tak mampu nak buat apa-apa. Nak berjalan kaki dah kebas, pinggang pulak rasa macam nak patah, kalau nak baring tu nak gerak punggung pun tulang pelvis sakit. Nak drive pun baru bape minit naik kereta tulang belakang terus rasa lenguh. Oh! Tak mampu nak drive actually.

Tapi aku bersyukur dengan satu perkara ni. Ada kawan-kawan cakap, kandungan 8 bulan ke 9 bulan susah nak tidur. Lagi susah nak tidur bila baby tendang-tendang. Tapi aku dapat tidur dengan nyenyak dan berbahagia sebab dapat tidur dengan tenang. Suami cakap mesti anak nanti kuat tidur macam aku. Eh, baguslah kuat tidur kan baby? Senang mummy nak jaga nanti. =)

By the way, next week adalah cuti sekolah. Maka, boleh tak aku nak buat permintaan dekat suami? Permintaannya ialah:
  • Saya nak rehat puas-puas tanpa buat sebarang kerja seperti memasak, basuh pinggan, jemur baju, lipat baju, sapu sampah semualah. Ok, sekian!

Aku kadang-kadang tak mampu nak buat banyak kerja dalam satu satu masa. Pergerakan sangat terbatas dan slow je. Bila aku dah malas sangat, aku akan biarkan je 'benda2' tu bergelimpangan atau terbengkalai sampai aku punya mood datang balik.

Alangkah bahagianya kalau ada maid. Boleh tolong buat kerja rumah. Ada sesiapa nak jadi maid aku? Gaji belakang kira, yang penting buat kerja dulu. Meh lah tolong mak buyong ini. Wawawa.. berangan!


Friday, March 2, 2012

Alhamdulillah, it is ours!

Alhamdulillah. Setelah melalui dugaan, akhirnya it's ours! Rezeki anak orang kata. Dijangka siap dalam tempoh 2 tahun. Sekarang tengah tunggu pemaju buka rumah contoh. Gambar di bawah hanyalah model sahaja.

Dari hadapan

Dari hadapan (transparent)

Dari belakang

Dari belakang (transparent)

Dari atas

Ruang dalam

Tingkat bawah

Tingkat atas

Semoga rezeki bertambah lagi dengan kehadiran anak! Mana tahu lepas ni naik gaji pulak. =p

Till then, tata...

Tuesday, February 28, 2012

GAJI GURU NAIK 2012

Respon Orang yang TAK PUAS HATI :

1. Kerja cikgu ni senang jer.
2. Kerja sikit. Cuti banyak.

HANYA ORANG YG TAK TAHU MENILAI PROFESSION PERGURUAN SHJ YG
BERKATA DEMIKIAN. KEJA CIKGU NI BUKANNYA MUDAH SEPERTI YANG DI
GEMBAR GEMBURKAN!!

Time pertandingan bola.. cikgu jd REFEREE..
Time budak nak bertanding apa2 acara... cikgu jd JURULATIH
Time aktiviti KH.. cikgu jd PETANI..
Time kutip yuran.. cikgu jd AKAUNTAN..
Time RMT.. cikgu jd PELAYAN..
Time budak sakit.. cikgu jd DOKTOR..
Time ceramah.. cikgu jd MOTIVATOR..
Time hias kelas.. cikgu jd PELUKIS SENI..
Time persembahan hari guru.. cikgu jd KOMPOSER..
Time baiki kerusi rosak.. cikgu jd TUKANG KAYU..
Time budak muntah/berak dlm kelas.. cikgu jd TUKANG CUCI..
Time budak mencuri.. cikgu jd DETEKTIF..
Time budak wat persembahan... cikgu jd PHOTOGRAPHER
Time perkhemahan.. cikgu jd TENTERA..
Time hari kantin.. cikgu jadi PENIAGA PASAR MALAM..
Time hari Guru... cikgu jd PENYANYI..
Time gotong royong sekolah... cikgu jd TUKANG KEBUN
Time masuk waktu solat.. cikgu jd TOK IMAM..
Time parent amek lambat... cikgu jd BABY SITTER..
Time budak bergaduh.. cikgu jd HAKIM MAHKAMAH..
Time budak sakit kecemasan.. cikgu jd PEMANDU AMBULANS..
Time merentas desa.. cikgu jd POLIS TRAFIK..
Time budak sedih.. cikgu jd PELAWAK..

Diambil di Facebook rakan saya..

Saturday, February 25, 2012

Baby D dah besar!

Sumber dari Perkembangan Fetus

Cuba tengok kedudukan bayi. Sekarang pergerakan kaki baby saya sangatlah aktif. Salah duduk je kena tendang. Ubah posisi baring je kena tendang kiri kanan. Sekali kena tendang terasa macam nak kentut je. Haha!

Belum lagi yang bahagian bawah. Dah sempit, so asik nak ulang alik ke tandas je. Kalau kat tempat kerja tu nak pergi tandas jauh. Memang mencabar sebab saya dah malas nak jalan. Cara jalan pun dah ke kiri ke kanan. Tulang pelvis memang sakit, maklumlah pernah jatuh dan effectnya masa mengandung ni.

Takpe, janji baby sihat walafiat. Nak pergi scan tak pergi2. Kekangan masa. Kerja aku ni kalah orang kerja pejabat. Lebih 9 jam. Masuk kerja kol7 lebih balik kol4 lebih. Hm, nak cakap pasal kerja menyampah sangat2. Siyes! Tak sabar nak cuti.

Till then, tata...

Appreciation


Perasaan? Biasa je. Tak lama lagi pengganti ku akan mengambil alih tugas ini selama 3 bulan. Hikhik! Sila siap sedia mental (100%) dan fizikal (250%). Aku nak bercuti dengan aman.

Till then, tata...

Template by:

Free Blog Templates